Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Luka

Dia ibarat durian Saya ini timun Dia menggolek Terkena saya Aduh! Saya menggolek Terkena dia Aduh! Sakitnya Ada luka Yang tak nampak Darahnya Yang tak kelihatan Zahirnya Luka itu diam dalam jiwa

Reaksi Pengantin

Keterujuaan pengantin untuk memasak buat suami tercinta. Tahniah.

Saujana Asahan Melaka

Rumah tradisional Melayu Melaka Tangga bahagian belakang rumah Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menginap di Saujana Asahan yang letaknya di kaki Gunung Ledang. Ada tugas rasmi merangkap percutian keluarga. Kalau bukan kerana kerja mungkin juga tak sampai ke sini. Cantik rumah penginapannya. Rumah tradisional Melayu Melaka. Keseluruhan diperbuat daripada kayu. Rumah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Anjung, ruang tamu, dipisahkan dengan 2 anak tangga ke bilik tidur utama dan bilik tamu. Antara bilik pula, ada tangga ke loteng. Kemudian antara bilik dengan ruang makan dan dapur, dipisahkan dengan ruang ampaian. Ruang ampaian di dalam kawasan rumah serta tertutup kecuali bahagian bumbung. Jadi orang luar tak dapat lihat ampaian kita. Terlindung apa yang sepatutnya dilindungi. Tertibkan orang dulu-dulu. Sekarang ini rata-rata kawasan rumah kita kan sempit. Ruang dapur kecil, bilik tidur kecil, sampaikan tak ada halaman pun. Syukurlah juga. Ada juga temp...

Ulangtahun Anakanda

Lahirmu diharap, dinanti Galang ganti Tidak mungkin mendapatkan yang sama Tidak pernah juga mengharapkan yang serupa Namun kaulah Pengubat lara Pengikat cinta Pelengkap bahagia Senyum dan tawa Tangis dan rajuk Keletah manja Bahagia apakah yang lebih besar Buat bonda dan ayahanda berdua Kaulah anugerah terindah Anakanda Dalam menghirup nafas di dunia yang singkat ini Besarlah harapan Agar tumbuhmu sebagai Manusia beriman bertaqwa Penawar tika di sini Mahupun di alam sana Ingatlah Tidak selamanya dapat Bonda dan ayahanda memimpin tangan Mengesat air mata Mendengar cerita duka Berkongsi warna ceria Hidup ini Sayang, tidak hanya Ada lucu Ada tawa Hidup ini penuh warna Sepekara yang pasti Illahi Tempat pergantungan sejati Menyuluh Nur dalam hidup Tidak pernah melupakan Tak mungkin membiarkan terkapai-kapai sendirian Tidak ada majlis begemerlapan, sekadar undangan minum petang buat keluarga akrab dan jiran-jiran terdekat. Sama-sama mengamin doa kesejahteraan sempena ulangtahun k...