Skip to main content

Posts

Selamat Kembali ke Sekolah - Julai 2020

Tiada lagi 'honeymoon period'. Sekolah sudah dibuka. Pada petang selepas Menteri Pendidikan membuat pengumuman, fikiran terus berkecamuk. Tak dapat fokus. Sedangkan pada ketika itu dua orang sedang cuba membincangkan sesuatu - sila buat keputusan. Dalam benak fikir cuma ada, "Adik macam mana?" Adik akan lewat ke sekolah berbanding kakak dan abangnya. Nampaknya kena bergilir kami bercuti. Masakan adik sendirian di rumah. Sekarang sekali lagi benak fikir berputar. Sekolah agama akan dibuka awal Ogos. Adik bergilir dengan Abang Ngah. Maknanya waktu petang setidak-tidaknya dalam tempoh 2 hari, adik akan sendirian. Aduh. Aduh, aduh. Jujurnya, Alhamdulillah akhirnya sekolah akan dibuka. Sepanjang PKP kasihan anak-anak. Dunia mereka terkurung di rumah. Hanya di dalam rumah semata-mata.  Sebelum PKP walaupun anak-anak tidak ada kebiasaan bermain di halaman rumah atau ke taman permainan saban petang, setidak-tidaknya mereka berpeluang sekali sekala berriadah. Pergi ke taman pe...

Andartu, Masalah Kesuburan - Oh My Baby

Ianya cliche Apabila belum kahwin, orang akan tanya bila nak kahwin? Apabila belum punya anak, orang akan tanya bila nak ada anak? Apabila sudah punya anak, orang tanya bila nak tambah bilangan anak? kalau tak ada anak lelaki, bila nak dapatkan anak lelaki? kalau tak ada anak perempuan, bila nak dapatkan anak perempuan? (serupa macam jantina anak itu boleh dipilih-pilih) Apabila anak sudah bersekolah, sibuk bertanya keputusan peperiksaan anak? berapa banyak kaut A? Apabila anak semakin besar soalannya, anak sambung belajar ke mana?  kalau tak sambung belajar, kenapa? anak ambil jurusan apa?  anak sudah kerja? kerja apa? kalau belum bekerja, kenapa? anak sudah ada teman hidup atau tidak?  bila nak bermenantu? bila nak bercucu? Orang kata zaman berubah, orang sudah tidak kisahkan hal-hal begini lagi. Hidup yang utamakan kerja lebih daripada membina hidup berkeluarga. Ya ke? Tidak juga sebenarnya.  Oh My Baby menyorot isu sensitif ini, anak gadis lanjut usia masih belu...

Belajar Bersangka Baik

Ramai terkesan dengan wabak corona virus covid-19 kerana perlaksanaan PKP.  Ada banyak liputan baik dari pihak media massa cetak dan elektronik ataupun badan-badan kebajikan dan juga individu perseorangan. Kesusahan hidup, bahkan kemelaratan. Apabila berita atau cerita ini dipaparkan tentu sekali diselitkan dengan temu bual. Hasil temu bual itu ada sesetengahnya mengundang pertikaian yang tidak sedikit. Episod bangau oh bangau pun bermula.  Salah satu yang menjadi buah mulut merupakan sepasang suami isteri warga emas yang melarat. "Mak cik ada anak?" "Ada." "Anak ada tanya khabar?" "Anak dah tiga tahun tak balik. Tak tahu ada di mana" Apa konklusinya? Ibu ayah boleh jaga anak sepuluh orang. Anak seorang tak mampu jaga ibu dan ayah? Boleh.  Boleh jadi tempelakan itu, betul. Tetapi bagaimana jika anak mereka sebenarnya telahpun meninggal dunia? Mustahilkah? Tidak bukan? Rangka manusia ditemui dalam longkang Rangka manusia yang lengkap berpakaian ke...

Puding Roti

Menunaikan permintaan suami. Tttaaadddaaa Ini percubaan pertama menggunakan air fryer. Alhamdulillah. Resipi diambil daripada kumpulan masakan facebook air fryer . Bagus betul kumpulan ini. Banyak kongsikan resipi, petua dan banyak lagi. Namun resipi yang saya ambil ini, perlu diolah kerana air fryer kepunyaan saya kecil sahaja kapasitinya. Tengah masak, bau hangit. Rupanya membukit naik roti ini. Apa lagi keluarkan. Tunggu sejuk, potong dua roti ini dan bakar semula. Akan datang saya cuma perlu gunakan separuh daripada aduanan dalam resipi ini. Resipi Puding Roti Bahan-bahan 8 keping roti 1 tin susu cair 3 biji telur 5 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar mentega Kismis untuk hiasan Cara Membuatnya 1. Sapukan mentega pada loyang. (Saya sapukan pada setiap keping roti). Roti dicarik-carikkan. Bubuh dalam loyang. (Saya selang selikan roti dengan kismis) 2. Satukan susu cair, gula, telur dan esen vanilla. Whisk bahan-bahan ini. 3. Curahkan adu...

Apam Nasi

Sebetulnya sudah beberapa kali berulang ke kedai runcit berdekatan rumah mencari yis segera dan ovalet tetapi hampa. Sudah dua kali suami ke Giant untuk membeli barang keperluan. Pesan suruh belikan. Hampa juga. Bekalan yis segera yang ada di rumah memang tak mencukupi. Ada beberapa jenis kuih berlegar-legar dalam kepala. Kesudahannya saya pilih buat apam nasi. Menyelamatkan lebihan nasi yang agak banyak daripada terbuang. Ramai orang buat kuih muih sepanjang PKP ini. Ramai yang mengeluh kerana asyik ke dapur menyediakan hidangan. Ramai juga memilih untuk berpuasa. Kami pun berpuasa juga. Mengambil peluang sempena 'paksaan bercuti ini'.  PKP buat kedua orang tua semakin resah gelisah. Tidak pernah keduanya selama ini berpergian jauh meninggalkan rumah. Melainkan ya, ketika mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Namun itu merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Itu perkara yang menggembirakan. Sedangkan PKP aah terlalu banyak yang mengganggu di minda. Kakak ayah dim...

Covid 19 Pelajaran Apa Yang Kita Kutip?

Virus ini tak kenal agama, bangsa, negara, umur, pangkat, darjat atau kerjaya. Pukul rata semua. Ada bayi baharu menjenguk dunia mendapat jangkitan. Ada kerabat diraja dijemput pergi selamanya. Ada pemimpin dunia sedang berjuang melawan maut. Orang-orang ternama. Orang-orang di sekitar yang kita kenali. Ada yang tidak pernah kita kenali tapi sama kita tangisi. Melihat ambulan datang menjemput  mereka pergi. Melihat pengkebumian yang tidak pernah dijangkakan sebegitu adanya.   Ketika kes positif bertambah setiap hari dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah 233 kes. Gundahnya rasa hati. Walaupun kini pertambahan kes di negara kita, tidak mencanak naik. Bilangan yang pulih semakin ramai. Alhamdulillah tetapi masih bukan tiket untuk berlapang dada. Tidak juga rasa lega kerana seluruh dunia berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Semalam diumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi. Pertambahan 14 hari lagi. Emosi sudah mula berkecam...

Agar-agar Santan Kotak

Puasa. Itu pilihan saya melalui hari-hari selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Itu lebih baik. Tekak rasa teringin hend ak makan masakan manis dan sejuk untuk berbuka. Belek-belek resipi, akhirnya pilih buat agar-agar santan.  Apapun pilihan, kena ambil kira bahan-bahan untuk membuatnya. Sebaik-baiknya guna bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah. Penting juga guna bahan-bahan itu secara minimum sahaja. Misalnya, telur. Saya tak nak gunakan resipi yang gunakan banyak telur. Telur ini kegemaran keluarga. Jadi saya kena gunakan telur secara berhemah. Saya memang cari resipi menggunakan santan kotak. Mana nak dapat kelapa parut atau santan asli dalam PKP ini. Keluar ke kedai. Semata-mata sebab santan. Tak apalah. Pakai sahaja santan kotak. Saya gunakan resipi Naz@ovenkecil. Terima kasih. Agar-agar Santan Kotak Bahan-bahannya: 1 paket serbuk agar-agar 10 gram 1 liter air (4 cawan) 200 gm gula pasir (anggaran 1 cawan) 1 kotak santan (saya guna sant...