Skip to main content

Selamat Kembali ke Sekolah - Julai 2020

Tiada lagi 'honeymoon period'. Sekolah sudah dibuka.


Pada petang selepas Menteri Pendidikan membuat pengumuman, fikiran terus berkecamuk. Tak dapat fokus. Sedangkan pada ketika itu dua orang sedang cuba membincangkan sesuatu - sila buat keputusan.

Dalam benak fikir cuma ada, "Adik macam mana?"

Adik akan lewat ke sekolah berbanding kakak dan abangnya. Nampaknya kena bergilir kami bercuti. Masakan adik sendirian di rumah. Sekarang sekali lagi benak fikir berputar. Sekolah agama akan dibuka awal Ogos. Adik bergilir dengan Abang Ngah. Maknanya waktu petang setidak-tidaknya dalam tempoh 2 hari, adik akan sendirian. Aduh. Aduh, aduh.

Jujurnya, Alhamdulillah akhirnya sekolah akan dibuka. Sepanjang PKP kasihan anak-anak. Dunia mereka terkurung di rumah. Hanya di dalam rumah semata-mata. 

Sebelum PKP walaupun anak-anak tidak ada kebiasaan bermain di halaman rumah atau ke taman permainan saban petang, setidak-tidaknya mereka berpeluang sekali sekala berriadah. Pergi ke taman permainan atau padang berdekatan. Setidak-tidaknya ikut latihan bermain bola sepak di sekolah. Sekurang-kurangnya ada ketika kami akan makan bersama di Chicken Rice Shop atau Dolly Dim Sum. Meraikan pagi minggu di pasar pagi. Makan roti canai di restoran mamak. Menonton wayang. Membeli belah di Kedai ECO. 

Memang bukan kebiasan buat mereka bertandang bermain di rumah jiran. Tidak juga saban petang menuntun basikal. 

Sejak kiri kanan depan belakang kawasan perumahan kami naik mencanak bangunan pangsapuri bertingkat-tingkat, rumah kedai berderet-deret hatta jalan kecil di hadapan rumah kami jadi sesak. Kereta, motor laju-laju.

Apabila PKP diumumkan bermula dari tarikh 18 Mac sehingga kini, rumah itu dunia mereka.

Berkali-kali mereka mengingatkan rambut sudah sampai tahap kena denda dengan cikgu displin di sekolah. Walaupun mereka tidak ke sekolah. Mereka tidak sebut rindukan kawan-kawan kerana tarikan ke sekolah di usia mereka adalah kawan-kawan. Namun nama kawan-kawan dan kenangan bersama mereka meniti di bibir. 

Sesekali menyebut kenangan bersama cikgu-cikgu juga. Karakter cikgu-cikgu. Pun begitu liat juga apabila diminta menyiapkan kerja-kerja yang dihantar cikgu-cikgu. Laju cuma ketika jawab kuiz atas talian. 

Main. main dan main. 

Syukur kerana mereka masih boleh jadikan balkoni rumah sebagai padang bola. Salah sepak, bola jatuh ke rumah jiran sebelah yang tak berpenghuni. Tiga empat kali jatuh, terakhir bola mereka tak dipulangkan lagi. Balkoni juga jadi lapang sasar memanah setelah jemu berkejar menyepak bola. Setidak-tidaknya masih ada ruang untuk mereka bermain. Sedang ada antara anak yang terkurung terpaksa menghadap dinding kiri kanan.

Sekarang kes baharu menunjukkan pertambahan. Ah tolonglah. anak-anak baru mahu menjengah dunia luar. 
  


 

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...