Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2025

Percutian Singkat di Jakarta

Sebut Jakarta. Dalam kepala tak ada lain selain daripada, macam mana agaknya sesak di sana nanti? Saya dan anak-anak belum pernah ke Jakarta. Gambaran awal Jakarta yang saya tahu adalah kesesakan luar biasa. Mengingatkan kesesakan yang ditempoh di Bangkok, rasa agak gusar.  Sambung dari Percutian Singkat di Bandung , usai sarapan di Hotel Aston Pasteur Bandung, kami berangkat ke Stesen Pandalarang untuk naik kereta api laju Whoosh . Sempat beli bagelen di kiosk Kartika Sari . Ada kiosk Kartika Sari di Stesen Pandalarang. Cuma rasa terkilan sikit sebab tak memborong. Pada ketika itu, memikirkan bagelen rapuh. Risau hancur di usung ke sana ke mari. Bagelen memang sedap. Makan begitu sahaja pun sudah sedap. Apa lagi cicah dengan teh panas. Wah! Mujur juga ada kisok Kartika Sari di Stesen Pandalarang. Kalau tidak langsung tak merasa. Belajarlah bersyukur. Kami beli tiket kelas pertama untuk naik kereta api Whoosh. Ada masa lagi sebelum berangkat jadi kami ke Whoosh Lounges ...

Percutian Singkat di Bandung

Kami kembali setelah lapan tahun. Tidak ada sebab tertentu kecuali buku merah kami sekeluarga masih hidup dan itu sahaja cuti semester yang sama dengan cuti sekolah. Eh silap, cuti sekolah bulan September pun sama dengan cuti semester universiti. Cuma pada ketika bulan September itu nanti, memang setiap tahun tidak boleh buat permohonan cuti. Kami tidak merancang untuk bercuti ke destani yang jauh. Sama ada Indonesia atau Thailand. Tidak pun ke Vietnam. Cuma untuk pergi bercuti kali ini, sudah masuk bulan Zulhijah dan suami tidak mahu meraikan Aidiladha di tempat orang. Akhirnya suami memutuskan kami bersama-sama dengan beberapa keluarga rakannya ke Jakarta untuk percutian pendek ini. Saya tidak menyusun program. Meniliti program yang disediakan pun, saya tak sempat. Percutian ini juga sedikit terganggu dengan kerja-kerja dari pejabat. Dalam erti kata lain, tak menikmati cuti tanpa gangguan. Sudahlah percutian pendek. Tergendala pula disebabkan penerbangan Trans Nusa yang tidak mengiku...

Abah Saya, Uncle Mike

Sejak mula promo filem ini Abah Saya, Uncle Mike , saya menyimpan hasrat menontonnya bersama keluarga. Kami menontonnya pada 6 September 2025.  Menyelit di tengah-tengah jadual kesibukkan suami. Tak boleh merungut banyak, ketua keluarga yang kena bekerja terus menerus tanpa ada cuti hujung minggu. Cuti umum pun kena kerja juga. Kena kami pandai sesuaikan masa mengikut jadual suami.  Saya tahu ketika anda membaca coretan ini, barangkali filem ini sudah tidak dimainkan di pawangam lagi. Malah ketika awal tayangan pun, tak ramai pun khalayak yang datang menonton. Ini cerita masyarakat. Bukan cerita aksi. Ada terselit kisah samseng jalanan tetapi bukan tunjang cerita.  Tiada kisah percintaan merpati dua sejoli. Namun ada cinta tanpa batasan jika berjaya menemukan makna cinta sejagat.  Ini kisah inspirasi sebetulnya. Menjulang makna kemanusiaan. Mengikat perpaduan. Cerita yang diangkat dari kisah benar, seorang lelaki Tionghua yang berhati mulia. Sanggup memelihara dan me...

Raja Yang Hilang Mahkotanya

Pernahkah anda mendengar ceritera seorang raja yang kehilangan mahkotanya?  Mahkota adalah alat kebesaran. Ianya lambang kekuasaan seseorang raja. Bayangkan seorang raja menduduki takhta tanpa mahkotanya.  Demikianlah yang berlaku pada petang bersejarah 7 Oktober 2025. Sebelumnya dalam satu daerah, ada seorang raja penguasa daerah dinobatkan dengan gelar baharu. Raja tersebut berasa sangat gembira.  Lagaknya seperti merak mengigal.  Gelar itu terlalu lama diidamkan. Serta merta cengkaman dikuatkan. Laku raja daerah umpama anjing melintang denai. Tingkahnya semakin cacing naik ke mata. Namun bukan rahsia, raja itu beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. Akan tetapi siapakah yang dapat mencegahnya? Rakyat umpama mentimun dengan durian. Penuh luka. Dalam pada raja penguasa daerah berleluasa mencengkamkan taring dan kukunya, satu titah diturunkan penguasa raja dari kerajaan utama. Raja penguasa negeri diarahkan bertukar. Raja penguasa daerah menerima dengan t...