Skip to main content

Belangsukawa Abang Jamaluddin Md Aris

Telah pulang ke Rahmatullah, biras saya Jamaluddin Md Aris. Pulang ke pangkuan Ilahi ketika sedang menunggu untuk melakukan prosedur MRI di hospital. Pemergian yang sangat mudah dan cepat. Menamatkan penderitaan sakit yang tidak diketahui puncanya sejak pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama kami pada 13 Ramadan 1444 H (4 April 2023), lebih kurang pukul 11:00 pagi. Hari ini genap sebulan pemergiaannya.

Beruntungnya Abang Jamal kerana meninggal pada bulan yang mulia, bulan Ramadan.

Bertuahnya Abang Jamal kerana menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan diri telah dibersihkan.

Berbahagia Abang Jamal kerana pergi menghadap Ilhai dalam pangkuan satu-satunya zuriat arwah.

Sempat saya titipkan pesan kepada anak tunggalnya, "Along, ayah memang dah tak ada tapi Along masih keluarga kami."

Apabila seseorang itu berpindah dunia, kita hanya akan mengenang segala kebaikkannya. Mengingatkan arwah selalu berkongsi dengan kami, keluarga iparnya, sesuatu yang menggembirakan. Apabila giliran beraya di rumah mentua, arwah sibuk mengemas rumah mentua. Terakhir kami beraya bersama adalah pada tahun 2019. Asbab COVID 19 dan PKP, kenduri perkahwinan anak-anak saudara jadi tertangguh. Dalam pertemuan terakhir kami dengannya pada 21 Januari 2023, ketika meraikan majlis pernikahan anak saudara di Shah Alam, arwah menyebut,

"Rasanya inilah kali terakhir Abang Jamal dapat berkumpul dengan family"

Arwah sudah mula berjalan dengan bantuan tongkat semasa hadir ke majlis itu. Arwah mengadu sering demam dan batuk berpanjang sepulangnya dari Tanah Haram. Along melarang arwah datang kerana keuzurannya tetapi arwah tetap gagahkan diri. Rupanya benar seperti yang dituturkannya, itulah kali terakhir kami berjumpa. 

Masih ingat lagi ketika meraikan hari bahagia Along, arwah menaja pakaian kami semua. Lelaki semua memakai t-shirt hijau. Perempuan semua memakai persalinan hijau tua dengan lace benang keemasan berwarna ungu kemerahan. Kenduri kahwin satu-satunya anak lelaki arwah berlangsung meriah meskipun hanya di buat di kampung. Malah arwah turut menaja majlis khatam al-quran untuk empat orang anak saudara pada sebelah malamnya. Termasuk persalinan mereka.

Apabila kami berkumpul meraikan Hari Keluarga, arwah merupakan orang yang paling sibuk sekali. Menyediakan t-shirt, merangka bentuk permainan, mengadakan setiap perlatan untuk permainan, membahagikan setiap ahli keluarga dalam kumpulan kecil dan menyediakan hadiah. Malah ada ketika membuat kejutan hari lahir untuk ibu mentua. Nilai hadiah ataupun sumbangan bukan ukuran. Ingatan itu yang paling utama. Kebetulan terjumpa booth wakaf Al-Quran, terus sahaja saya mewakafkan Al-Quran untuk arwah dan ahli keluaraga yang telah tiada. Semoga amal dan pahalanya berterusan. Tanda kenang-kenangan saya yang pernah menjadi ahli keluarga. 


Kenangan umrah bersama 26 November 2022 - 7 Disember 2022

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang