Skip to main content

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan - Satu Inspirasi

Anda sudah menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan?

Filem yang setakat hari ini telah mengatasi tayangan Top Gun Maverick dan Jurassic World dengan kutipan berjuta ringgit. Tahniah!

Saya baca sanjungan dan kecaman berkenaannya. Saya kira anda juga sama. Namun tidak adil berpegang pada nilaian pujian ataupun cacian semata.

Jika filem ini berjaya mengatasi tayangan filem daripada aktor hebat seperti Tom Cruise dan siri tayangan seperti Jurassic bermakna penonton suka akan genre yang dihidang. Setidak-tidaknya kita lari dari dihidangkan filem yang setoriotaip sifatnya. Cinta antara dua insan yang tak lapuk dek zaman. Percayalah zaman maju sebagaimana pun tetap manusia gemar meletakkan darjat sebagai kayu ukur. Cerita yang mengajak anak muda ke jalan-jalan dan lorong-lorong, pusat hiburan dan pesta-pesta. Bergaduh, berlumba dan segala macam bentuk masalah sosial. Tidak ramai yang berpatah ke pangkal jalan hanya dengan menonton filem sedemikian sebaliknya lebih kepada meraikan hiburan semata. 

Tidak banyak filem tempatan berkisarkan sejarah tanah air yang dipersembahkan pada khalayak kerana ia bukan suatu kerja yang mudah membawanya ke layar perak. Selain itu juga perlukan sejumlah biaya yang besar. Filem berkisarkan sejarah memerlukan ketelitian dalam penghasilannya. Penghalisan filem Mat Kilau ini juga terhenti ketika PKP dan memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Namun filem ini berjaya membawa semangat kecintaan terhadap tanah air. Lebih menarik filem ini memperlihatkan sisi gelap kekejaman penjajah British yang selalunya lebih mempamerkan ciri-ciri licik. Konon diplomasi sebaliknya menindas. Barangkali ramai yang tidak tahu, Kampung Budu di Pahang dibakar oleh penjajah British pada bulan Ramadan dalam usaha penjajah menangkap pahlawan Melayu yang dianggap pemberontok. Ratusan rakyat menjadi mangsa.

Keterujuan terhadap sejarah dikalangan warga merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan. Malah ramai yang berbangga mengenakan pakaian kebangsaan ketika pergi menonton. Seiring dengan ini sepatutnya perpustakaan dan kedai buku merebut peluang ketengahkan buku-buku pejuangan pewira negara menentang penjajah. Masa emas ini perlu direbut penulis untuk menjual karya. Selain daripada Mat Kilau, negara ada Seputum, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Tok Janggut, Mat Said, Mat Salleh, Rentap, Dol Said, Raja Ali Haji dan ramai lagi. Ambil peluang dari minat khayalak terhadap seni mempertahankan diri, silat dengan mengeluarkan koleksi buku-buku silat dari khazanah. Tarik minat pembaca tentang buku berkaitan koleksi keris warisan negara. Ajak pembaca mengenali busana Melayu. Buat pertandingan untuk si cilik, seisi bercerita sejarah, ulasan buku sejarah pahlawan Melayu, misalnya. Ini peluang keemasan untuk anda, pustakawan. Jangan sia-siakan.

Dalam keterujuan ini, ada beberapa perkara dibangkitkan sesetengah pihak berkenaan filem ini. Antaranya isu keris, pakaian, bahasa, teknik silat dan beberapa perkara lagi.

Berkenaan dengan isu penggunaan keris yang jadi pertikaian. Keris ini bukan hanya sekadar senjata bagi mempertahankan diri. Keris juga melambangkan jati diri kerana ianya warisan turun temurun. Sudah tentu bagi yang teliti dan berpengetahuan, penggunaan keris Jawa agak mengecewakan kerana bangsa Melayu punya jati diri dan memiliki keris warisan sendiri. Al Fatihah kepada Arwah Dzafar, ilmu keris ini dalam genggamannya. 

Begitu juga tentang busana. Pemakaian busana sedikit berbeza antara negeri walaupun pakaian tradisi negara merupakan baju Melayu. Ikatan destar atau tengkolok atau tanjak berbeza. Ikatan samping juga tak sama. Termasuk warna dan jenis kain. Malah dibezakan mengikut tahap kedudukan sosial dalam masyarakat. Cuba buat carian Tok Janggut anda akan melihat ciri yang berbeza antara Allahyarham dengan Allayarham Dol Said, misalnya. Tok Janggut memakai kain semutar. Jati diri Allahyarham dari Pantai Timur, Kelantan. Manakala Dol Said pula memakai tanjak. Tanjak Dol Said pula berbeza dari tanjak yang dipakai oleh Dato' Maharajalela. Begitulah indahnya busana Melayu, cewah.


Tok Janggut


Dol Said


Dato' Maharajalela (kiri)

Usai saya menonton sesuatu filem atau drama dari zaman yang berbeza tidak kira dari negara mana, saya suka mencari rujukan berkaitan dengan pakaian yang dikenakan masyarakat pada zaman itu. Downton Abbey, Kartika,  Lion of the Dessert, misalnya. Dalam drma atau filem sejarah Korea, pakaian berbeza mengikut pemerintah sezaman. Zaman Dinasti Silla pakaiannya berbeza daripada zaman Dinasti Joseon. Ianya sesuatu yang menarik. Ini merupakan filem dari inspirasi zaman sebelum merdeka, sebaiknya pemilihan pakaian mengikut zamannya untuk dijadikan rujukan bermanafaat terutama dalam bidang akademik dan seterusnya. Butiran ini kelihatan kecil tetapi memainkan peranan yang besar juga. Namun ada juga produksi yang membuat satu pembaharuan dengan mewujudkan fesyen yang berinsiprasikan latar zaman pada ketika itu. Tidak ada salahnya juga. Sudah tentu pembikinan filem ini tidak hanya bertujuan mengaut keuntungan semata, bukan?

Elemen-elemen lain saya melihat dari sudut positif. Produksi filem ini merupakan produksi yang mantap dengan barisan pelakon, pengarah dan krew-krew belakang tabir. Nampak kesungguhan dan semangat yang tinggi. Ianya satu filem yang bagus untuk tontonan semua. Anak-anak kecil teruja hendak mengenali Mat Kilau atau Muhammad Imam Rasu. Satu tanda yang baik, bukan? Pencetus inspirasi. Tahniah.

Satu yang pasti ini merupakan filem yang mengambil inspirasi pejuang hebat, berpegang teguh pada agama dan jati diri Melayu yang kuat, Allahyarham Mat Kilau. Mari kita hadiahkan Al Fatihah kepadanya. Satu usaha yang harus dipuji. Malah diharapkan akan ada lebih banyak lagi filem-filem seumpama ini diterbitkan. Ianya lebih banyak bersifat fiksyen berbanding dokumentari yang berlandaskan fakta. Sebagaimana anda membaca novel bertemakan sejarah, dialog-dialog dikarang oleh penulis. Imaginasi penulis. Elemen-elemn komersial tersisip di dalamnya. Tidak salah jika ada dokumentari diterbitkan untuk memberi gambaran yang lebih tepat kepada khalayak.

Hendak tonton, silakan. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang