Skip to main content

Railway Pasembor - The Best Pasembor in Ipoh

Lauk pauk yang dijual di Kafe, itu - itulah juga. Hari ini tak bawa bekal. Tak sempat memasak. Semalam balik kerja rasa penat lain dari selalu. Cepat je mata lelap. Tiba-tiba rasa macam nak makan pasembor. Belum jumpa lagi pasembur di ibu kota ini yang sesedap pasembor di Ipoh. Pada halnya baharu lepas pekena Sabtu yang lepas. Sesiapa yang pergi ke Ipoh, jangan lupa singgah di Railway Pasembor. Tambah-tambah kalau pergi ke The Lost World Of Tambun. Memang sudah tak jauh pun hendak ke Tanjung Rambutan. Ini bukan stesen keretapi Ipoh tapi di Tanjung Rambutan. 


Mudah hendak cari sebab tepi jalan.Gigih ambil gambar sebab ada nombor telefon di situ.



Ini dia rupa pasembor yang sedap itu. Hmmm... Masa dalam pantang melahirkan anak-anak, memang telan air liur tengok adik-adik makan hahaha... Sekarang giliran adik telan air liur... hahaha... Kejap je, nanti boleh makan dan makan lagi...



Jangan lupa cuba makan mee rebus juga. Mee rebus pun sedap. Alamak, jadi lapar pula tengok gambar-gambar ini semua.


Hmm sebenarnya selera setiap orang itu, tak sama. Subjektif. Bagi suami yang tak suka makan pedas-pedas, memang pasembor atau mee rebus itu, makan satu-dua sudu sahaja. Hilang sedap katanya, kalau pedas. Biasanya suami akan pesan mee goreng. Saya tak rasa pun pasembor atau mee rebus itu semua, pedas. Saya rasa sedap sahaja hahaha...

Apa kata anda cuba dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...