Skip to main content

SHE: A Tribute To The Women Of Malaysia

Kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

 SHE: A Tribute To The Women Of Malaysia. Buku yang sepatutnya adalah sebagaimana namanya iaitu memberi penghargaan buat wanita di Malaysia. Bukan semua tetapi yang punya nama. Nama besar dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, ekonomi, kesihatan, fesyen dan lain-lain. Nama dalam kehidupan dan sumbangan dalam hidup orang lain. Pun jangan mengharap terlalu banyak. Nama-nama yang anda kira punya jasa dan besar sumbangan dalam memberi warna kepada negara dan masyarakat, mungkin tidak tersenari di dalam buku ini. 

Menarik minat saya tentulah, women of words. Malah pertama kali memegang buku ini, ada sebuah cerpen karangan penulis terkenal, Fatimah Busu datang mengamit. Hidup untuk memberi. Tinggalan apa semasa hidup untuk dikenang selepas jasad meninggalkan dunia. Itu yang bermain di minda Timah yang sedang sakit paru-paru dalam cerpen, Citrawara Seekor Burung Kecil.

Tanya Timah kepada dirinya sendiri, apa sumbangannya untuk dinilai dan dikenang setelah jasad bersatu di perut bumi. Nah jika itu yang pernah bermain diminda penulisnya bermaksud beliau bukan sekadar burung kecil yang tidak bernama yang sedang menantu datang keguguran akhir. Tidak. Namanya telah tercetak di dalam buku ini antara pengarang wanita tersohor tanah air. Sebaris dengan Adibah Amin, Khadijah Hashim serta Zurinah Hasan. Nama-nama besar dan disegani dalam dunia penulisan negara.


Turut mengambil tempat mengukir nama adalah cucu saudara ayah, women in sports. Tahniah.

Tahniah kepada semua yang nama-nama mereka tersenarai dan gambar mereka terpampang di dalam buku ini. Sekiranya tiada, jangan pula berkecil hati. Hanya Yang Maha Kuasa mampu menilai seadilnya, bukan manusia yang lemah.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...