Skip to main content

Keliru?

Terkedu. Semalam dalam kebanyakkan halaman berita tempatan ada menyiarkan berita tentang lelaki ini, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Permohonan pertukaran nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, telah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu.

Sebelumnya sekitar tahun 2009, masyarakat di Malaysia digemparkan dengan berita tentang Mohammed Fadzil Min Bahari yang berkahwin secara sivil dengan Ian Young di United Kingdom. Mohammed Fadzil mendakwa dirinya khunsa dan tidak menjalani pembedahan tetapi mengambil pil hormon. Namun tidak ada pengesahan yang mengatakannya benar-benar khunsa. Mohammed Fadzil telah menukar namanya kepada Fatine Young, mendapat visa untuk menetap di United Kingdom serta 'berpisah' dengan 'suaminya'. 



Hari ini, masih ada cerita berkenaan Mohd Ashraf Hafiz di dada akhbar. Kali ini adalah luahan hatinya dan kedua orang tuanya. Menurut kedua orang tuanya,

"Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu".


Berita Harian, 20 Julai 2011


Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.
Metro, 20 Julai 2011


“The results of Ashraf’s medical tests showed that he had more female hormones in his body. Does this indicate questionable gender? I wish issues like this are made clear so that genuine cases can be assessed properly.”

News Straits Times, 20 July 2011


Sememangnya sebagai ibu bapa mahupun keluarga, hal semacam ini sangat berat untuk ditangani. Pihak-pihak yang berkenaan, tampillah ke hadapan. Permasalahan begini sudah menjadi semakin merebak semacam penyakit dalam masyarakat. Kalau benar khunsa, jelaskanlah supaya fitnah tidak berleluasa. Benarkah begitu ramai khunsa ada di Malaysia ini? Kalau sememangnya bukan dan perkara semacam ini memang ditentang agama maka marilah kita selesaikan masalah ini. Masalah kecelaruan idendititi sangat meruncing dari hari ke hari. Sudah sedia maklum, di akhir zaman bilangan lelaki akan lebih berkurangan berbanding wanita. Sementelah, masakan mahu melihat generasi warisan terus-terusan dibelenggu masalah ini. Paling ditakuti bala daripada Yang Maha Kuasa. Sudah terbukti melalui pemusnahan kaum Nabi Luth. Takutnya!

Comments

  1. arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita doakan. Pintu taubat masih terbuka luas. Takut. sangat takut. Tambahan pula saya seorang ibu dan punya anak lelaki.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...