Skip to main content

Luka Sudah Sembuh, Parut Masih Ada

Pernah dengar kata-kata, telah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Ini ada satu kisah tentang maaf daripada majalah Reader's Digest. Sila klik pada imej untuk membacanya.



Ingat kisah keberanian Singa Allah dan Singa RasulNya? Ingat kisah bagaimana penghulu para syuhada ini, terkorban di medan pertempuran? As syahid Saidina Hamzah Abdul Mutalib r.a yang disebut sebagai Singa Allah dan Singa RasulNya adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw. Beliau syahid dalam perang Uhud. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Beliau dibunuh oleh Wahshi bin Harb, hamba kepada Jubair Mu'tim yang menjanjikan kemerdekaan buatnya sekiranya dapat menumpaskan Saidina Hamzah. Setelah dibunuh, jenazah As syahid Saidina Hamzah diperlakukan dengan kejam. Ada kalangan orang-orang Quraisy Mekah yang datang pada perang Uhud ketika itu, dikatakan sebagai Hindun Utbah telah melapah dadanya. Hatinya telah dikeluarkan untuk dimakan. Tetapi tidak tertelankan.

Walaupun baginda telah mengetahui sebelum perang bermula, bapa saudaranya itu akan syahid. Namun hakikat itu, tidak dapat menahan baginda daripada berdukacita dan sangat terluka oleh perlakuan mereka. Terutama apabila melihat keadaan jenazah Saidina Hamzah. Jenazahnya disolatkan sebanyak 70 kali. Malah takkala pulang daripada perang dan melihat kaum wanita Ansar menangisi suami dan saudara mereka yang terkorban, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"[Akan tetapi tak ada (seorangpun) tangisan buat Hamzah (bapa saudara Rasulullah saw) yang setia dalam setiap perjuangan)]". Setelah mendengarkan itu, mereka terdiam dan kemudian menangis lagi. Tangisan itu untuk Saidina Hamzah. Rasulullah saw sendiri tercedera dalam peperangan itu, tersangka orang telah meninggal dunia namun pembunuhan bapa saudaranya itu lebih memberi kesan buat baginda.

Apabila pembukaan Kota Mekah dibuat, pembunuh Saidina Hamzah telah lari ke Tha'if. Seterusnya apabila penduduk Tha'if mula menerima Islam, Wahshi tidak berhasrat untuk lari lagi tetapi mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan dibawa menghadap Rasulullah saw.

"Kamukah yang bernama Wahshi?"

"Kamu yang telah membunuh bapa saudarku, Hamzah."

"Benar."

"Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu."

Setelah Wahshi selesai menceritakannya, baginda Rasulullah saw berasa amat sedih lalu menyuruh Wahshi beredar daripada pandangan matanya dan tidak sama sekali akan menampakkan kelibatnya lagi di hadapan baginda.

Rasulullah saw sudah memaafkannya. Baginda telah memaafkan semua yang terlibat peperangan itu, lama sebelum Wahshi datang memohon kemaafan. Tidak ada secebis rasa dendam. Tidak dibalas hutang darah itu. Malah baginda seorang pemaaf yang telah memaafkan semua kejahatan orang terhadapnya. Sekalipun Wahshi berasa sedih namun terpaksa menerima hakikat bahawa apa yang telah dilakukannya itu sangat menguris hati kekasih Allah. Demikian serba ringkas sejarah dan kisah tentang kemaafan.

Bagaimana dengan kita? Insan biasa. Sekalipun telah kita memaafkan, barangkali perkara itu tetap juga menghantui diri kita. Ada perkara yang menerbitkan rasa serik. Bimbang luka lama berdarah semula. Barangkali ada baiknya, menjauhi dan menghindari. Sekurang-kurangnya untuk kebaikkan. Setidak-tidaknya dapat mengelakkan pergaduhan atau lain-lain perkara yang akan lebih merumitkan keadaan. Sekadar pendapat kecil. Bagaimana dengan anda? Barangkali ada pendekatan yang lebih baik lagi. Mahu berkongsi?

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...