Skip to main content

Mini Garden

Tanah sekangkang kera di belakang rumah ni, ayahanda tercinta tanam serai, pokok kari, kunyit, lengkuas, pandan, kesum (orang Perak panggil cendehum... betul ke ejaannya), halia. Emak kesayangan bagi sepasu pokok kucai. Ayah memang minat berkebun. Tanah sekeliling rumah kami di kampung, macam-macam Ayah tanam ubi keledek, bendi, terung, cabai, pisang, tebu, sampai bagi jiran-jiran, kawan-kawan sebab dah terlalu banyak.





Ayah dan emak hendak menyenangkan saya sebenarnya. Kebetulan kedai runcit jauh dari rumah. Nah inilah hasilnya.Halia ini Emak tanam dalam pasu. Ambil sikit untuk masak makan malam ini.



Ya, tuan rumah tanam apa? Oho saya? Saya tanam pokok bawang dan pegaga. Baru lagi hari Isnin minggu ini, tak tahulah nasibnya macam mana. Pernah tanam cabai tapi tak tumbuh. Macam manalah nak tumbuh kalau tabur cabai yang dah tak guna je kat situ kan. Sebenarnya tanah ini banyak batu-batu, susah sikit pokok nak hidup subur. Wah, wah... bukan lagi ye... eh ni bukan alasan tau, memang betul.

Serai yang Ayah tanam daun-daunnya kuning-kuning sikit. Rumpun pandan pun kurang cantik. Seboleh-bolehnya tiap-tiap petang saya cuba tinjau pokok-pokok ramuan ni. Tak boleh harapkan pada Betty sebab dia siram je, tak tengok ada ulat serang pokok ke, belalang ke, tolong gemburkan tanah ke, yang dia tau dia siram je. Pokok kunyit dan lengkuas selalu kena serangan belalang dan ulat bulu. Kasihan pokok-pokok tu. Kesum di tanah tinggal nyawa-nyawa ikan, sebab itulah saya beli lagi dari pasar malam dan tanam dalam tin susu Kak Long. Lama tinggalkan rumah musim raya, pokok pun merajuk sebab terbiar tak berjaga. Bukan orang je pandai merajuk!

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...