Sebut Jakarta. Dalam kepala tak ada lain selain daripada, macam mana agaknya sesak di sana nanti? Saya dan anak-anak belum pernah ke Jakarta. Gambaran awal Jakarta yang saya tahu adalah kesesakan luar biasa. Mengingatkan kesesakan yang ditempoh di Bangkok, rasa agak gusar. Sambung dari Percutian Singkat di Bandung , usai sarapan di Hotel Aston Pasteur Bandung, kami berangkat ke Stesen Pandalarang untuk naik kereta api laju Whoosh . Sempat beli bagelen di kiosk Kartika Sari . Ada kiosk Kartika Sari di Stesen Pandalarang. Cuma rasa terkilan sikit sebab tak memborong. Pada ketika itu, memikirkan bagelen rapuh. Risau hancur di usung ke sana ke mari. Bagelen memang sedap. Makan begitu sahaja pun sudah sedap. Apa lagi cicah dengan teh panas. Wah! Mujur juga ada kisok Kartika Sari di Stesen Pandalarang. Kalau tidak langsung tak merasa. Belajarlah bersyukur. Kami beli tiket kelas pertama untuk naik kereta api Whoosh. Ada masa lagi sebelum berangkat jadi kami ke Whoosh Lounges ...
Kami kembali setelah lapan tahun. Tidak ada sebab tertentu kecuali buku merah kami sekeluarga masih hidup dan itu sahaja cuti semester yang sama dengan cuti sekolah. Eh silap, cuti sekolah bulan September pun sama dengan cuti semester universiti. Cuma pada ketika bulan September itu nanti, memang setiap tahun tidak boleh buat permohonan cuti. Kami tidak merancang untuk bercuti ke destani yang jauh. Sama ada Indonesia atau Thailand. Tidak pun ke Vietnam. Cuma untuk pergi bercuti kali ini, sudah masuk bulan Zulhijah dan suami tidak mahu meraikan Aidiladha di tempat orang. Akhirnya suami memutuskan kami bersama-sama dengan beberapa keluarga rakannya ke Jakarta untuk percutian pendek ini. Saya tidak menyusun program. Meniliti program yang disediakan pun, saya tak sempat. Percutian ini juga sedikit terganggu dengan kerja-kerja dari pejabat. Dalam erti kata lain, tak menikmati cuti tanpa gangguan. Sudahlah percutian pendek. Tergendala pula disebabkan penerbangan Trans Nusa yang tidak mengiku...