Skip to main content

Akibat Yang Buruk

Mencari-cari ayat yang sesuai untuk ini. Betul-betul terkesima. Lebih mengecewakan pengakuan yang lain turut melakukan hal yang serupa. Apakah yang cuba anda sampaikan? Apa yang kalian banggakan?



Banyak sekali akibat buruk dari pengakuan anda ini. Ramai yang terkesan. Kecewa. Antara akibat yang buruk susulan penyebaran cerita pengalaman dan tindakan anda itu adalah wanita berkerjaya lain yang sedang merancang untuk mengandung dan sedang mengandung.

Hidup ini ladang ujian

Barangkali anda cuma MALAS untuk bekerja jadi anda memilih tindakan tidak wajar ini. Barangkali bagi anda meninggalkan beban kerja kepada orang lain, bukan satu masalah. Barangkali bagi anda tiada keperluan bersungguh untuk menjaga periuk nasi dengan bekerja. 

Namun tidak bagi orang lain. Bagi kami wanita berkerjaya, mengandung akan dilabel, dikecam dan dianaktirikan. Sehingga ada takut untuk mengandung. Sehingga ada yang mengalami tekanan. Ada yang keguguran. Ada yang kehilangan bayi. Ada yang cuba menyembunyikan kandungan daripada pengetahuan pihak atasan. Barangkali anda tidak tahu. Ada kalangan wanita berkerjaya, tidak dapat mengambil cuti lebih awal sebelum melahirkan. Ada yang tetap bekerja walaupun telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (overdue).  Tahukah anda, ada yang bekerja sehingga air ketuban turun di pejabat?

Wanita berkerja yang mengandung dilabel tidak kompeten. Wanita berkerja yang mengandung dianggap menyusahkan. Meninggalkan beban kerja. Tahukah ramai majikan dan pihak atasan yang menentang pemberian tempoh cuti bersalin yang panjang? Ada majikan dan pihak atasan yang tidak bersetuju dengan tempoh cuti menjaga anak selepas bersalin. Demi menjaga periuk nasi, ada wanita berkerjaya terpaksa cekalkan hati meninggalkan bayi berusia dua bulan dalam jagaan orang lain kerana tidak dibenarkan mengambil cuti menjaga anak selepas bersalin.

Akibat yang sangat BURUK

Jika anda tahu implikasi daripada karangan cerita pembohongan anda kerana anda MALAS bekerja ini, sudah pasti anda tidak menyebarkan aib. Ini aib sendiri. Melainkan anda berasa berbohong itu bukan satu kesalahan.

Akibat yang sangat buruk jika pihak atasan atau majikan mula menyimpan prasangka buruk terhadap wanita mengandung. Wanita mengandung yang mengalami masalah kesihatan atau kompilakasi hingga terpaksa dimasukkan ke wad akan dianggap sebagai satu alasan atau pembohongan juga.

Ini peringatan. Malah kepada diri sendiri. Berhati-hati. Dunia hari ini memang tidak dapat lari dari teknologi. Media sosial sudah jadi medium penting. Sekalipun bercadang menonjolkan diri, pilihlah perkara positif yang akan menjadi aspirasi. Ingatlah kata pepatah; Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. 

Nama apa dan bagaimana, anda mahu dikenang?

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...