Masih belum terlewat bukan? Hari ini Syawal ke 5. Saya sudah mula bekerja sejak semalam lagi. Giliran bekerja selepas Aidilfitri. Alhamdulillah perjalanan pergi balik ke kampung lancar. Cuma berdepan dengan sedikit kesesakan ketika pulang dari kampung. Apa pun kami perlu mengharungi satu lagi episod perjalanan ke kampung. Kami perlu pulang ke kampung saya pula untuk berhari raya bersama keluarga saya. Walaupun anak-anak bimbang akan menempuh episod yang panjang di perjalanan, saya pujuk mereka kerana selagi kedua ibu bapa masih ada, selagi itu perlu ambil peluang bersama mereka. Apatah lagi dalam sambutan penting seperti hari raya. Semoga semua urusan kami dipermudahkan, aamiin. Cabaran menyambut Syawal kali ini, cuaca panas, bekalan air yang kurang dan serangan cirit birit. Masalah bekalan air bukan perkara baharu. Maslaah yang belum dapat ditangani walaupun memakan masa bertahun-tahun. Cuaca panas menyebabkan perigi hampir kering airnya. Benar-benar menduga cuaca panas ini. Har...