Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021
Ini memang boleh dikatakan rutin. Suka tak suka kena buat. Tapi memang seboleh-bolehnya tak pernah ada rasa nak buat macam melepaskan batuk di tangga. Seboleh-bolehnya memang nak buat sehabis baik.  Jadi untuk tahun ini nak buat lebih baik lagi. Lepas dapat pandangan yang di atas. Ambil masa. Tak boleh lama-lama pun sebab ada jangka masa untuk sesuatu. Perah otak. Ikhtiar segenap cara. Sebolehnya cari sebanyak boleh. Hendak dapatkan yang terkini. Lama tak apa, asalkan yang memang jadi pilihan orang ramai. Cuba ikut rentak dan kemahuan yang di atas. Mula terasa beratnya. Pujuk hati. Belajar. Benda baharu. Jangan tertinggal. Nak harap siapa bantu? Buat sendiri semua. Bersekang mata juga. Harap usaha ini ada hasilnya. Lebih baik berganda daripada sebelumnya.  Alhamdulillah. Berjaya. Ikut masa yang ditetapkan. Tema yang dimahukan. Gaya baharu macam yang sedang jadi ikutan dan disebut-sebut yang di atas. Namun seperti hujan jatuh ke pasir. Kosong. Hasilnya, kosong. Kecewa. Tak. Ter...

Ramadan Kareem

 

Bunga-bunga Kunyit Sudah Mekar

Alhamdulillah. Penghujung bulan Mac tengok pokok kunyit berbunga. Malam itu makan nasi berulam bunga kunyit. Sedapnya. Ini pokok kunyit baharu. Beli di pasar minggu. Mula-mula ingat tak panjang umurnya. Daun-daunnya kuning sahaja lepas dialihkan dari polybag ke dalam pasu. Banyak cerita kunyit berbunga dalam blog ini. http://sejuta-warna-pelangi.blogspot.com/2012/08/bunga-kunyit.html http://sejuta-warna-pelangi.blogspot.com/2013/11/bunga-bunga-kunyit.html Semasa buat pengubahsuaian rumah kami, pokok-pokok ramuan kebanyakkannya mati. Pokok limau yang sepasu itu mati dan belum berganti. Pokok  kucai tinggal sepasu. Pokok kari, pandan dan serai dipindahkan dari tanah ke dalam pasu. Kurang cantik. Sangka akan mati. Mujur masih dapat bertahan. Kena belai semula. Bajakan seminggu sekali. Cuba untuk tanam pudina dan kesum. Sudah berkali-kali. Belum berhasil lagi. Suka sangat apabila kunyit yang sepasu ini berbunga. Bukan satu. Ada dua. Alhamdulillah. Motivasi untuk tingkatkan usaha walau...