Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Pertolongan Kecil Makna Yang Besar

Pernah tak terkial-kial hendak gunakan plastik lutsinar untuk isi sama ada barang basah seperti ikan atau barang kering seperti bawang sebelum ditimbang? Adoiii kan Ada satu petang Ahad saya berusaha hendak gunakan plastik itu mengisi ubi kentang. Seksa betul. Sedang saya terkial-kial itu, muncul seorang ramaja India lingkungan umur belasan tahun menghulurkan plastik yang siap untuk digunakan.  Mulanya terpempan. Saya tak perasan diri diperhatikan. Beberapa kali saya ucapkan terima kasih. Rasa terharu. Diam-diam saya perhatikan dirinya yang datang menemani nenek membeli barangan dapur. Benar, kecil sahaja pertolongannya tetapi besar maknanya kepada saya. Bagus didikan nenek atau orang tuanya. Juga guru-gurunya. Berapa ramai antara kita yang prihatin walaupun untuk perkara yang kecil. Saya doakan dirinya dan keluarga dipermudahkan urusan dan semoga sentiasa dirahamati dengan sikap prihatin itu.