Lewat saya war warkan mengenai Bulan Kesedaran Disleksia. Tuan-tuan dan puan-puan, bulan Oktober setiap tahun merupakan Bulan Kesedaran Disleksia. Facebook Rakan Disleksia (RD) membawakan beberapa topik secara langsung. Percuma. Sebentar tadi saya baru sahaja mengikuti kupasan Dr Nurul Nadia bin Ismail , Pakar Psikiatri dari Hospital Kulim Kedah mengenai "Kesan Psikologi kepada Individu yang Mempunyai Disleksia" . Sangat bagus. Saya akan cuba menulis apa yang saya faham tentangnya. Dr Nurul Nadia juga kongsikan tentang Facebook Laman Minda . Laman Minda dibagunkan oleh psikiatri terkenal, Dr Ahmad Rustam. Dalam lambakan maklumat yang boleh kita dapati, sebaiknya kita memilih maklumat dari sumber yang sahih. Pada 16 Oktober 2020 iaitu Jumaat 8:00pm Dr Choy Su Ling akan bercakap tentang "Dyslexia and Reading Intervention" Pada 19 Oktober 2020 iaitu Isnin, 6:00pm waktu Indonesia 7:00pm waktu Singapura Dr Deepa Raja akan bercakap tentang "Importance of Earl...