Tiada lagi 'honeymoon period'. Sekolah sudah dibuka. Pada petang selepas Menteri Pendidikan membuat pengumuman, fikiran terus berkecamuk. Tak dapat fokus. Sedangkan pada ketika itu dua orang sedang cuba membincangkan sesuatu - sila buat keputusan. Dalam benak fikir cuma ada, "Adik macam mana?" Adik akan lewat ke sekolah berbanding kakak dan abangnya. Nampaknya kena bergilir kami bercuti. Masakan adik sendirian di rumah. Sekarang sekali lagi benak fikir berputar. Sekolah agama akan dibuka awal Ogos. Adik bergilir dengan Abang Ngah. Maknanya waktu petang setidak-tidaknya dalam tempoh 2 hari, adik akan sendirian. Aduh. Aduh, aduh. Jujurnya, Alhamdulillah akhirnya sekolah akan dibuka. Sepanjang PKP kasihan anak-anak. Dunia mereka terkurung di rumah. Hanya di dalam rumah semata-mata. Sebelum PKP walaupun anak-anak tidak ada kebiasaan bermain di halaman rumah atau ke taman permainan saban petang, setidak-tidaknya mereka berpeluang sekali sekala berriadah. Pergi ke taman pe...