Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Perpisahan

Terpaksa berpisah dengan dua orang kawan yang periang dan menyenangkan dalam tahun yang sama. Mula-mula Husna . Semalam Mona . Namun siapa kita untuk menolak takdir yang datang. Semoga mereka berdua, Wan Nurul Husna dan Moganam berjaya dalam apa yang dihajati dan diceburi. Juga buat Mohd Norhafizi . Juga tidak dilupakan pada Azanil , Suria , Zuli , Mohd Faizal , Hafiz , Abang Azmir , Nor Shazlin , Azam , Norsyamira , Norasyada , Norhanani dan semua. Semua yang pernah berada di sini. Memang adakalanya perpisahan bukan menyeronokkan tetapi ada ketikanya ia didambakan. Apatah lagi untuk sesuatu yang lebih baik. Masih tentang perpisahan yang menyakitkan, pernah disiarkan menerusi cerekarama sedikit masa dulu, " Cinta Dari Syurga ". Penghujung tahun 2012. Drama Melayu dengan tema tipikal, poligami dan suami yang tidak adil. Tertarik menonton adalah kerana watak Nur Damia yang tidak membenarkan nasib dirinya di perjudikan dalam tangan suami. Itu bukan sesuatu yang...

SHE: A Tribute To The Women Of Malaysia

Kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.   SHE: A Tribute To The Women Of Malaysia . Buku yang sepatutnya adalah sebagaimana namanya iaitu memberi penghargaan buat wanita di Malaysia. Bukan semua tetapi yang punya nama. Nama besar dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, ekonomi, kesihatan, fesyen dan lain-lain. Nama dalam kehidupan dan sumbangan dalam hidup orang lain. Pun jangan mengharap terlalu banyak. Nama-nama yang anda kira punya jasa dan besar sumbangan dalam memberi warna kepada negara dan masyarakat, mungkin tidak tersenari di dalam buku ini.  Menarik minat saya tentulah, women of words. Malah pertama kali memegang buku ini, ada sebuah cerpen karangan penulis terkenal, Fatimah Busu datang mengamit. Hidup untuk memberi. Tinggalan apa semasa hidup untuk dikenang selepas jasad meninggalkan dunia. Itu yang bermain di minda Timah yang sedang sakit paru-paru dalam cerpen, Citrawara Seekor Burung Kecil . Tany...