Ramadan semakin hampir berlalu. Mana hilangnya semua masa? Betullah dunia semakin dekat dengan penghujungnya, hingga masa tak terasa berlalu. Alhamdulillah, Ramadan kali ini anak sulung saya dapat menahan lapar dan dahaganya. Untuk kanak-kanak, belajar berpuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum. Permulaan Ramadan, banyak juga rengeknya tetapi sekarang sudah nampak boleh bertahan. Pada usianya yang belumpun cukup 7 tahun, bagi saya ini satu kejayaan besar. Memang Kak Long bukan pemakan orangnya tetapi anak saya ini masih minum susu. Cuma bukan pakai botol susu. Malu! Jadi saya beli botol minuman kanak-kanak kerana kalau pakai cawan, hendak menghabiskan secawan hampir separuh hari jadinya. Siapa yang ada anak kecil yang menyusu botol tentu tahu, dalam sehari entah berapa kali anak hendak menyusu. Mengapa anak saya masih minum susu tanpa had adalah kerana saya mahu begitu. Saya tidak mahu susu sebagai sumber protein yang suatu ketika sukainya menjadi yang paling kurang di...