Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Al-fatihah : TKP Kastam Maut Ditembak

Oh tanah airku! Berita muktahir ini sangat mendukacitakan. Seorang pegawai tinggi kerajaan telah maut terkena 3 das tembakan kira-kira pukul 8:40 pagi tadi. Arwah adalah Datuk Shaharuddin Ibrahim iaitu  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) . Ketika itu, arwah dalam perjalanan ke tempat kerja. Menurut laporan akhbar tempatan, arwah duduk di bahagian penumpang sebelah hadapan. Ketika kereta yang dinaiki arwah berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya, seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal telah melepaskan tembakan. Walaupun pemandu arwah berjaya membawa arwah untuk mendapat rawatan di Hospital Putrajaya namun tembakan yang mengenai di leher dan kepala telah membawa maut. Arwah disahkan meninggal dunia jam 9:20 pagi. Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Buat semua waris arwah, salam takziah. Ini adalah berita yang sa

Penjaja Bergerak Di luar Kawasan Sekolah

Apa pandangan anda sebagai ibubapa dalam hal ini? Sila klik pada imej. Sumber: sinar harian.com.my Sebagai ibu, saya mengaku tidak suka dengan hal ini. Saya pernah menerima aduan daripada Puan Ros, tuan punya taska, anak saya tidak mahu makan nasi. Puncanya kerana anak saya telah membeli mee segera daripada penjaja bergerak di hadapan pintu keluar sekolah. Kesempatan emas untuknya menikmati mee segera. Geram betul! Mee segera memang tidak pernah jadi sajian di rumah kami.   Memang benar penjaja bergerak ini mencari rezeki yang halal. Namun kewajaran menjual aneka makanan dan minuman yang tidak berkhasiat untuk pelajar sekolah sangat dikesali. Pihak berwajib, tolonglah buat sesuatu kerana saya difahamkan pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan. Walaupun hal ini terjadi betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Isu ini bukan hanya di Kuala Krai sahaja. Kalau tak percaya, tunggulah di hadapan pagar sekolah ketika waktu anak-anak kita dilepaskan pulang. Berkerumun anak-