Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Bermain Dengan Warna

Khamis lepas, Kak Long ada kelas dunia seni di sekolah. Cikgu Laila minta bawa apron, berus lukisan, pewarna dan daun-daun. Kak Long seronok sangat. Balik rumah, baju putih sudah bertukar warna. Mujur bukan warna pelangi. Kalau tidak boleh ambil gambar dan tempek pada banner blog maknya ini. Jadi saya beritahu Abang Ngah, hari cuti Abang Ngah pun boleh buat aktiviti bermain dengan warna. Kebetulan suami pun kerja. Anak-anak pun tak begitu sihat lagi. Masih batuk-batuk. Kami kutip daun-daun di luar rumah. Saya ambil pelepah pisang dan bersihkan. Bentang surat khabar lama. Masing-masing pakai apron. Kak Long tunjukkan pada Abang Ngah macam mana buat corak menggunakan daun-daun ini. Saya pun tunjukkan cara menggunakan pelepah pisang. Teringat zaman sekolah rendah dulu, cikgu minta bawa pelepah pisang, ubi kentang ke sekolah. Tak adalah pula saya keluarkan ubi kentang di rumah ini untuk anak-anak. Ubi kentang mahal tu, nak! Selepas itu daun-daun k...

Buat Baik Berpada-pada

Pepatah mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali .  Kebanjiran pekerja asing semacam tak dapat dibendung. Mudah benar mereka mendapat pekerjaan di negara kita hinggakan ramai yang berstatus PATI tetapi masih selesa bekerja, bergerak ke sana sini di negara kita seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah membina keluarga. Setuju tak, kalau saya katakan mereka ada sahaja di sekeliling kita. Cuba lihat kiri kanan anda. Macam-macam karenah. Macam-macam cerita. Ini salah satu cerita. Cerita ini berlaku minggu lalu sekitar pukul empat petang. Ada dua orang pekerja asing dari tanah seberang (pekerja am) tetapi yang menyampaikan cerita hanya seorang sahaja. Seorang lagi lebih banyak mendengar. Apa kata anda baca dahulu ceritanya.   Pekerja ini memulakan cerita dengan memberitahu seorang kawannya baru seminggu bersalin tetapi masih ada di hospital kerana bil belum dilunaskan. Suami kawannya ini telah ditangkap oleh pihak berkuasa k...

Sayonara Wira

Al fatihah untuk wira-wira negara yang terkorban di Sabah dan salam takziah ke atas waris. Setelah sekian lama menggunakan khidmat Wira, sudah sampai masanya mengucapkan sayonara. Sungguh untuk mengucapkan selamat pergi itu adalah sesuatu sangat berat. Walaupun menyedari tiada yang abadi di dunia fana ini.