Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Sejalur Cahaya Putih

Maha Suci Allah Pujian Bagi Allah Allah Maha Besar Tiada Tuhan Melainkan Allah Muhammad Itu Pesuruh Allah Tidak ada lagi sebaik-baik pilih kata untuk meraikan kemenangan awal ini. Sungguhpun ini hanya permulaan tetapi ini adalah kejayaan pada usaha kami selama ini. Sekurang-kurangnya, kami rasa dihargai atas jerit perih selama ini. Terbayar satu demi satu. Terima kasih untuk semua. Terima kasih kerana membuka minda. Terima kasih kerana memahami. Terima kasih kerana menghargai. Terima kasih kerana menyokong. Terima kasih. Namun untuk menikmati keindahan pelangi, tidak dapat lama. Hayatnya sangat singkat. Jalur pelangi telah hilang. Sudah pasti kami kecewa tetapi saya pujuk hati, cukuplah untuk kali ini. Semoga pelangi akan muncul lagi. Kita tunggu teduh dulu. Saya akan terus berdoa. Sedikit fakta: Anak-anak jangan terkeliru dengan Mak cik Syidah. Dia ni tak reti mengira agaknya. Ada ke warna pelangi sejuta kan?! Pelangi itu adalah cahaya putih matahari daripada campuran tujuh warna ...

Siap Sedia

Apapun yang terjadi, semua yang berlaku dan apa yang akan berlaku nanti adalah ketentuan Allah SWT. Kami, orang tuanya hanya mampu berdoa dan berharap pahit yang kami telan ini adalah ubat. Semua ini ujian. Manis dipengakhirannya. Namun seperti kata Dr. Sofia semalam, kami mesti banyak berdoa kerana hanya Allah SWT menentukan kesudahan semuanya ini. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan. " Adik, walau apa sekalipun terjadi dan bakal terjadi, Adik tetap kesayangan kami. Kasih sayang Mummy sedikit pun takkan luak ." Foto: Hari terakhir Adik di Wad 2B Hospital Tawakal: 25 Mac 2010 Seperti yang pernah diungkapkan Prof Dr. Hamka dalam Merantau ke Deli , jika seorang perempuan mempunyai 2 orang anak, seorang sakit manakala seorang lagi sihat. Sayang seorang ibu kepada anaknya tetap sama. Namun perhatiannya lebih dekat pada anak yang sakit. Kucup dan peluknya lebih pada yang sakit. Entahlah, mungkin tanpa sedar saya juga seperti itu. Apa lagi mengenangkan saya perlu bersedi...