Terlambat barangkali nak mengucapkan selamat datang 2010 kerana ada perkara besar dari 2009 terpikul di beban bahu. Masih belum boleh mengucapkan selamat tinggal. Namun masa berlalu sangat cepat. Sangat-sangat cepat. Beberapa hari lagi, Februari akan muncul kembali. Cewah macam lagu Alleycat pula. Bukan Februari yang sama dengan Februari 2009 atau Februari 2008 tentunya. Seperti baru semalam ketika sambutan tahun baru 2009, saya ada di Hospital Raja Permaisuri Bainun menemani anakanda. Tanpa katil kerana wad penuh. Jururawat bertugas silih berganti menyuruh saya pulang berehat. Namun hati ibu manakan sanggup meninggalkan anakanda yang sakit sendirian. Hari ini anakanda sudah mula belajar bertatih dan bercakap. Tetap tiada sambutan tahun baru, namun saya memanjat syukur kerana Allah masih berikan peluang saya bersama anakanda. Memeliharanya, bermain dengannya. Walaupun saya masih punya tanggung jawab yang belum selesai. Harapan juga. Tidak cuma milik saya. Ya Allah, permudahkanla...