Skip to main content

Posts

Salam Jumaat Bersama Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tiada kata secantik bahasa. Meminjam kata-kata mutiara milik ulama buat peringatan untuk semua. Daripada Allah SWT jua setiap kalam yang diucapkan itu. Kata-kata terindah milik Yang Maha Esa.

Genap Seminggu Pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah seminggu pulang ke pangkuan Penciptanya. Kata pepatah, "Patah tumbuh, hilang berganti". Tetapi itu kata pepatah. Sekarang yang tinggal adalah ilmu untuk dimanafaatkan, kenangan dan kerinduan. Bak kata pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Tidak hanya sekadar nama. Ianya nama yang baik untuk dikenang. Ini pesannya tentang usia, tentang kehidupan dan tentang pengakhiran kehidupan.   Yang dapat dititipkan adalah doa. Semoga Allah ampunkan dosanya dan menerima amalannya. Semoga Allah tempatkannya bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan yang dikasihiNya. Amin.

Punch (Drama Bersiri Korea)

Isu kumpulan K-Pop, B1A4 dan peminat perempuan bertudung, menggemparkan negara kita ketika ini. Namun ini, bukan tentang itu. Bagaimanapun mungkin akan sedikit menjengkelkan kerana hari ini, tajuk entri : Punch (Drama Bersiri Korea) . Masih Korea. Korea Selatan, tentunya. Sebelum itu, selamat menempuh tahun 2015 dengan kecekalan azam dan tidak lupa meletakkan pergantungan penuh kepada Yang Maha Kuasa.  Kenapa Punch ? Kenapa tidak? Drama Punch sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa di saluran One HD. Malam ini, episod ke 4. Ada 19 episod keseluruhan. Perhatikan pada poster. Setiap watak utama memegang buah catur yang juga mewakili perwatakan mereka. Tema putih, kelabu dan hitam. Warna-warna itu juga mencerminkan watak, perwatakan dan jalan cerita. Bukan itu sahaja, malah tema sama digambarkan melalui pemilihan pakaian apabila watak berubah perwatakan. Warna pakaian watak-watak utama disesuaikan mengikut perwatakan mereka. Punch satu drama yang mengang...

Semangat Untuk Pelawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Singapura vs Malaysia. Perlawanan ini memang menarik. Imbas kembali jaringan Indra Putra yang memastikan kemenangan mutlak milik negara sebagai semangat untuk pemain Harimau Malaya menghadapi separuh akhir pertama ini. Bermula daripada kesilapan penjaga gol Singapura.  "Bro, memang iltizam awal awak hendak menjadikan perlawanan seri itu, baik tapi perlawanan belum tamat". "Tengok Indra berjaya rembat masuk. Bro, gawang awak kosong.Kosong." Tahniah, Indra Putra kerana bijak memanafaatkan peluang. Inilah bola sepak. Apa peluang kita selepas ini? Saya menunggu kemunculan Badri Radzi. Hendak tengok kehebatan beliau di pentas antarabangsa. Adakah boleh beliau menyumbat gol dari tendangan sudut? Jika itu terjadi, alangkah istimewanya. Apabila baca cerita-cerita tentang kesukaran dan kesungguhan peminat, memberikan sokongan, rasa sangat terharu. Tak banyak yang boleh dikatakan. Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia, saya tetap akan memberi sokongan. ...

Detik-detik Cinta Menyentuh

Tiba-tiba teringat tentang kisah menyayat hati dari filem ini. Lakonan pelakon popular Indonesia pada ketika itu iaitu Rano Karno. Sebelum peminat dari Malaysia menggilai Nicholas Saputra atau Baim Wong, Rano Karno lebih dahulu mengambil tempat. Pun rasanya ini filem saduran. Pernah menonton filem, tidak pasti samaada dari Hong Kong atau Tanah Besar China, dengan plot yang sama. Kecil sangat lagi usia ketika itu tetapi masih ingat dengan jelas plot ceritanya. Kisah seorang wanita yang mengambil keputusan meninggalkan suami dan mertua yang kaya raya untuk membesarkan anak lelakinya yang cacat anggota, sendirian dalam keadaan daif. Dek kerana kecacatannya, selalu anak itu diejek dan dibuli. Wanita itu tak berupaya menyekolahkan anaknya sehingga peringkat tertinggi. Anak itu terpaksa bekerja (kalau tak silap) di sebuah kedai buku bagi penampung pengajiannya. Kemudiannya bercinta dengan seorang anak gadis dari keluarga berada. (Lupa pula bagaimana mereka boleh berjumpa) Hubungan pe...

Cuti-cuti di Bukit Merah Laketown

Kami beli tiket ke Bukit Merah Lake Town ketika menghadiri Smart Kids pada bulan April. Ada banyak pilihan percutian. Tinggal pilih ikut kemampuan. Kami pilih Bukit Merah Laketown selain daripada merasakan tawaran promosi paling berbaloi, mampu dan memudahkan kami bawa keluarga saya bersama. Promosi lebih daripada separuh harga untuk penginapan, taman tema serta mini zoo. Menarikkan. Ya, sebab cuti sekolah lebih dua minggu itu iaitu hujung bulan Mei hingga pertengahan Jun, anak-anak tinggal di kampung. Kami memilih untuk menginap 2 malam di Suria Service Apartments. 2 keluarga, 2 bilik. Cuti sekolah, memang ramai orang. Kami pun sampai lambat juga. Ada dua buah kenduri kahwin. Satu di Ipoh. Satu di Taiping. Campur sesat-sesat mencari rumah pengantin di Taiping, jadi lapar semula walaupun sudah makan nasi minyak di Ipoh. Urusan kami lambat di Bukit Merah Laketown ketika itu, cuma kerana menunggu bilik dikemaskan. Pembayaran sudah dibuat di booth Smart Kids. Pihak pengurusan men...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...