Skip to main content

Punch (Drama Bersiri Korea)

Isu kumpulan K-Pop, B1A4 dan peminat perempuan bertudung, menggemparkan negara kita ketika ini. Namun ini, bukan tentang itu. Bagaimanapun mungkin akan sedikit menjengkelkan kerana hari ini, tajuk entri : Punch (Drama Bersiri Korea). Masih Korea. Korea Selatan, tentunya. Sebelum itu, selamat menempuh tahun 2015 dengan kecekalan azam dan tidak lupa meletakkan pergantungan penuh kepada Yang Maha Kuasa. 

Kenapa Punch? Kenapa tidak?


Drama Punch sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa di saluran One HD. Malam ini, episod ke 4. Ada 19 episod keseluruhan. Perhatikan pada poster. Setiap watak utama memegang buah catur yang juga mewakili perwatakan mereka. Tema putih, kelabu dan hitam. Warna-warna itu juga mencerminkan watak, perwatakan dan jalan cerita. Bukan itu sahaja, malah tema sama digambarkan melalui pemilihan pakaian apabila watak berubah perwatakan. Warna pakaian watak-watak utama disesuaikan mengikut perwatakan mereka.

Punch satu drama yang mengangkat beberapa kes sebenar yang berlaku di Korea Selatan. Forum Soompi. Hai sekarang pandai buka Forum Soompi ya... Ini semua penangan isu B1A4, hendak juga tengok handsome tara mana kan... hahaha. Forum Soompi memadankan beberapa kes sebenar di Korea dengan jalan cerita Punch. Kita tidak dapat menonton drama sebegini dengan produksi tempatan.


Isu penyelewengan, penipuan, rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dikalangan Menteri Kehakiman, Ketua Pendakwaraya (atau di negara kita, Peguam Negara), tokoh-tokoh koporat, golongan profesional dan penjawat awam. Bagaimana wang dan kuasa dapat merubah pendirian dan nasib seseorang. Wang dan kuasa digunakan untuk menutup kesalahan dan memanipulasi situasi. Walau akan mengorban nyawa orang lain. Asal kepentingan sendiri terjaga. Sebagaimana lumrah hidup, golongan bawahan tertindas dan teranaiya. Sukar untuk menegakkan keadilan walau dikalangan pelaksana undang-undang itu sendiri.

Suka juga dengan perumpamaan yang digunakan. "Gula akan mengubah warna kopi. Kopi akan bertukar warna lebih cerah. Gula boleh berubah warna gelap tetapi rasanya tetap tidak berubah. Tetap manis."(Lebih kurang, diaolog antara Lee Tae Joon (Ketua Pendakwaraya) dengan Yoon Ji Sook (Menteri Kehakiman), berhubung soal kenaikkan pangkat Lee Tae Joon yang terkenal sebagai penyeleweng tetapi akhirnya, berjaya menjadi Ketua Pendakwaraya.)

"Kapal sedang belayar tetapi terbakar. Anda di pihak mana? Terjun dari pelayaran. Pelayaran tidak mencapai matlamatnya. Ikut belayar, cari jalan memadam api yang membakar." (Lebih kurang, diaolog antara Lee Tae Joon (Ketua Pendakwaraya) kepada Pendakwaraya, Jo Kang Jae ketika menawarkan peluang sebagai balasan untuk mencari jalan menutup kes pembunuhan yang dilakukan oleh abangnya, Lee Tae Sub.

Hendak lihat samaada watak utama Park Jung Hwan (Kim Rae Won) akan berubah warna atau tidak. Park Jung Hwan sekarang memegang watak hitam atau kelabu kerana inilah orang paling kanan kepada watak hitam, Lee Tae Joon (Jo Jae Hyun) Ketua Pendakwaraya. Berhadapan dengan ancaman maut yang memungkinkan usianya tidak panjang, apakah jalan yang akan dipilih Jung Hwan? Jung Hwan disahkan menghidap penyakit yang sama seperti mendiang ayahnya, barah otak (malignant brain tumor). Berkemungkinan hayatnya cuma 6 bulan. Oleh kerana ketumbuhan itu terletak dekat dengan urat saraf dan darah, ramai doktor menolak untuk membedahnya kecuali Jang Min Suk (Jang Hyun Sung). Sebagai balasannya,  Jung Hwan perlu memastikan doktor ini terlepas dari kesalahan yang dilakukannya. Ada "tawar menawar'' sehingga pembedahan kemudiannya dilakukan juga. Sedihnya, pembedahan ke atas Park Jung Hwan, gagal.

Barangkali jangka hayatnya akan lebih pendek daripada jangkaan adiknya, Park Hyun Sun (Lee Young Eun). Adakah akan dibiarkan Shin Ha Gyung, ibu kepada anaknya, di penjarakan? Bagaimana dengan cita-citanya? Bukankah Lee Tae Joon banyak menabur janji? Bukankah dirinya sudah banyak berkorban untuk menaikkan Lee Tae Joon? Tetapi jika hayatnya ternyata pendek, bagaimana dengan nasib anaknya Park Ye-Rin (Kim Ji Young)? Sekiranya bekas isterinya Shin Ha Gyung (Kim Ah Joong) benar-benar dipenjarakan. Tetapi jika Ha Gyung dibebaskan, Ha Gyung telah berjanji untuk memastikan Jung Hwan akan dihukum, atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Pun begitu, apa yang mengubah Park Jung Hwan, sebelumnya. Benarkah watak-watak kini putih itu benar-benar putih?

Tidak sekadar hiburan. Mengapa tidak memilih tempatan, rasanya orang tempatan sendiri boleh beri jawapan, betul kan? Seleksi di tangan kita. Kita yang memilih baik atau buruk. Budaya K-Pop sahajakah yang memberi impak negetif sebagaimana yang digemburkan sekarang? Bagaimana dengan budaya Hollywood? Budaya Bollywood? Rujuk semula bagaimana akar umbi budaya hedonisme mula meracuni.

Menonton bukan juga kerana keterujaan kepada si pale, skinny and pretty. Kim Rae Won, lakonannya memang pernah ditonton menerusi drama bersiri A Thousand Day Promise. Ini juga satu drama yang bagus. Ada pengetahuan berguna disampaikan menerusinya. Tidak hanya sekadar hiburan.


Comments

  1. Salam...sy sokong...cerita ni memang best...pengarah2 malaysia patut jadikan cerita ni sebagai rujukan...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang