Skip to main content

Posts

C.E.M.A.R

Kongsi pemandangan di pagi Jumaat lepas, dalam perjalanan ke tempat kerja. Sampah di kiri kanan jalan. Jalan jadi sesak kerana sampah turut ada di tengah-tengah jalan. Pemandu kena beri laluan kepada pekerja-pekerja pembersihan untuk sapu sampah. Aduh! Pernah dengar tentang pinggan yang boleh dimakan? Seeloknya sediakan dan gunakan yang itu, tidaklah sampah bertimbun di sana sini.

Tak Tertinggal

Terlambat barangkali nak mengucapkan selamat datang 2010 kerana ada perkara besar dari 2009 terpikul di beban bahu. Masih belum boleh mengucapkan selamat tinggal. Namun masa berlalu sangat cepat. Sangat-sangat cepat. Beberapa hari lagi, Februari akan muncul kembali. Cewah macam lagu Alleycat pula. Bukan Februari yang sama dengan Februari 2009 atau Februari 2008 tentunya. Seperti baru semalam ketika sambutan tahun baru 2009, saya ada di Hospital Raja Permaisuri Bainun menemani anakanda. Tanpa katil kerana wad penuh. Jururawat bertugas silih berganti menyuruh saya pulang berehat. Namun hati ibu manakan sanggup meninggalkan anakanda yang sakit sendirian. Hari ini anakanda sudah mula belajar bertatih dan bercakap. Tetap tiada sambutan tahun baru, namun saya memanjat syukur kerana Allah masih berikan peluang saya bersama anakanda. Memeliharanya, bermain dengannya. Walaupun saya masih punya tanggung jawab yang belum selesai. Harapan juga. Tidak cuma milik saya. Ya Allah, permudahkanla...

Luka

Dia ibarat durian Saya ini timun Dia menggolek Terkena saya Aduh! Saya menggolek Terkena dia Aduh! Sakitnya Ada luka Yang tak nampak Darahnya Yang tak kelihatan Zahirnya Luka itu diam dalam jiwa

Reaksi Pengantin

Keterujuaan pengantin untuk memasak buat suami tercinta. Tahniah.

Saujana Asahan Melaka

Rumah tradisional Melayu Melaka Tangga bahagian belakang rumah Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menginap di Saujana Asahan yang letaknya di kaki Gunung Ledang. Ada tugas rasmi merangkap percutian keluarga. Kalau bukan kerana kerja mungkin juga tak sampai ke sini. Cantik rumah penginapannya. Rumah tradisional Melayu Melaka. Keseluruhan diperbuat daripada kayu. Rumah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Anjung, ruang tamu, dipisahkan dengan 2 anak tangga ke bilik tidur utama dan bilik tamu. Antara bilik pula, ada tangga ke loteng. Kemudian antara bilik dengan ruang makan dan dapur, dipisahkan dengan ruang ampaian. Ruang ampaian di dalam kawasan rumah serta tertutup kecuali bahagian bumbung. Jadi orang luar tak dapat lihat ampaian kita. Terlindung apa yang sepatutnya dilindungi. Tertibkan orang dulu-dulu. Sekarang ini rata-rata kawasan rumah kita kan sempit. Ruang dapur kecil, bilik tidur kecil, sampaikan tak ada halaman pun. Syukurlah juga. Ada juga temp...

Ulangtahun Anakanda

Lahirmu diharap, dinanti Galang ganti Tidak mungkin mendapatkan yang sama Tidak pernah juga mengharapkan yang serupa Namun kaulah Pengubat lara Pengikat cinta Pelengkap bahagia Senyum dan tawa Tangis dan rajuk Keletah manja Bahagia apakah yang lebih besar Buat bonda dan ayahanda berdua Kaulah anugerah terindah Anakanda Dalam menghirup nafas di dunia yang singkat ini Besarlah harapan Agar tumbuhmu sebagai Manusia beriman bertaqwa Penawar tika di sini Mahupun di alam sana Ingatlah Tidak selamanya dapat Bonda dan ayahanda memimpin tangan Mengesat air mata Mendengar cerita duka Berkongsi warna ceria Hidup ini Sayang, tidak hanya Ada lucu Ada tawa Hidup ini penuh warna Sepekara yang pasti Illahi Tempat pergantungan sejati Menyuluh Nur dalam hidup Tidak pernah melupakan Tak mungkin membiarkan terkapai-kapai sendirian Tidak ada majlis begemerlapan, sekadar undangan minum petang buat keluarga akrab dan jiran-jiran terdekat. Sama-sama mengamin doa kesejahteraan sempena ulangtahun k...

Puan Nor Hanani dan Aidiladha

Selamat Pengantin Baru untuk Nani dan pasangan. Tahniah semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Minta maaf tak dapat datang. Si kecil sewaktu entri ini ditulis sedang sakit. Masih demam. Kasihan Adik Ngah, baru je badannya pulih. Semoga Adik Ngah cepat sembuh. Amin. Bakal pengantin sedang menolak troli. Nani sebenarnya ada antara barang yang awak tolok tu adalah hadiah daripada kami untuk awak. Jangan marah ya, tak ada kejutan dan bakal pengantin sendiri kena tolong tolak troli. Selepas ini bolehlah mengaplikasikan segala resipi-resipi yang ada dalam simpanan dan yang paling penting, bolehlah masak dan bawa, bagi kami semua rasa air tangan awak. Selamat menyambut Aidiladha untuk semua umat Islam. Tahun ini Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, Haji Akhbar. Alhamdulillah. Tahun akan datang belum tentu sempat meraikan hari bahagia ini. Mengingatkan kata-kata seseorang kepada saya, "Kita makan daging sampai dapat sakit, ada orang belum tentu merasa daging" Umat Islam di Kemboja...