Skip to main content

Ulangtahun Anakanda

Lahirmu diharap, dinanti
Galang ganti
Tidak mungkin mendapatkan yang sama
Tidak pernah juga mengharapkan yang serupa
Namun kaulah
Pengubat lara
Pengikat cinta
Pelengkap bahagia


Senyum dan tawa
Tangis dan rajuk
Keletah manja
Bahagia apakah yang lebih besar
Buat bonda dan ayahanda berdua
Kaulah anugerah terindah


Anakanda
Dalam menghirup nafas di dunia yang singkat ini
Besarlah harapan
Agar tumbuhmu sebagai
Manusia beriman bertaqwa
Penawar tika di sini
Mahupun di alam sana


Ingatlah
Tidak selamanya dapat
Bonda dan ayahanda memimpin tangan
Mengesat air mata
Mendengar cerita duka
Berkongsi warna ceria


Hidup ini Sayang, tidak hanya
Ada lucu
Ada tawa
Hidup ini penuh warna
Sepekara yang pasti
Illahi
Tempat pergantungan sejati

Menyuluh Nur dalam hidup
Tidak pernah melupakan
Tak mungkin membiarkan terkapai-kapai sendirian



Tidak ada majlis begemerlapan, sekadar undangan minum petang buat keluarga akrab dan jiran-jiran terdekat. Sama-sama mengamin doa kesejahteraan sempena ulangtahun ketiga dan pertama ini. Doa buat kedua-duanya. Semoga anakanda berdua tergolong sebagai anakanda beriman, bertaqwa, hidup yang selamat sejahtera serta bahagia. Amin.

"Maaf Min, Mak cik tak sediakan gula-gula, belon dan coklat. Maafkan Mak cik ye".

Ini kealpaan saya. Anak-anak paling gembira kalau dijemput ke majlis begini. Tidak menyalahkan mereka kerana kebiasaannya, mereka memang dibekalkan gula-gula, belon, cokalat dan lain-lain ketika menerima jemputan orang lain mahupun majlis mereka sendiri. Sedang saya dan suami pula fikir mahu seringkas mungkin. Kek pun saya buat sendiri. Menu ringkas: kek coklat, pasta, lepat pisang, nugget, ayam goreng dan puding karamel. Mengundang kecewa anak-anak pula. Alahai.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...