Skip to main content

Rudy Ludinata dan Bluehikari

 

Taaadddaaa... Pembaca-pembaca blog suatu masa dahulu mesti kenal dengan personaliti ini. Sekurang-kurangnya kenal dengan penulisan beliau atau kenal dengan blog beliau, Bluehikari. Betul tak?

Semalam 19 November 2025, beliau hadir ke pejabat kami sebagai perunding imej. Tuan Rudy Ludinata terima kasih atas ilmunya. Saya sangat gembira. Cuma rezeki saya mengikutinya secara dalam talian sahaja. Sekiranya lokasi ceramah tidak berubah tempat, kesempatan bersemuka dengan beliau adalah lebih tinggi. Pada asalnya lokasi beliau dijadualkan menyampaikan ceramah itu di ruang tempat saya bertugas. Saya tidak mahu naik ke Tingkat 3 dan terjah kerana saya sendiri telah memohon pada penganjur untuk mengikuti ceramah itu secara dalam talian dari awal lagi. Menyesal ke? Tidak. Kekangan tugasan membuatkan saya memilih untuk mengikuti ceramah itu secara dalam talian. Lagipun ilmunya sampai. 

Lagi satu kan, Rudy ni kenal saya pun tidak. Terkejut beruk pula nanti, apa hal perempuan ni? Lain pula jadinya nanti. Siapa yang malu? Saya juga kan. Kena jaga diri. Jaga maruah diri. Jaga maruah suami. Jaga maruah keluarga. Jaga maruah tempat kerja. Saya tetap gembira melihat wajah yang dikenali. Sebagai pembaca blog beliau, sedikit sebanyak mengimbau kenangan membaca blog Bluehikari. 

Lain ceritanya jika yang datang bertandang itu, tuan punya Seluas Angkasa. Mungkin saya akan cari ruang untuk bersemuka kerana kami memang kenal secara langsung. 

Dunia ini memang kecil sahaja. Kalau suatu ketika dahulu dari alam perkenalan ruang maya (blog Seluas Angkasa) membawa saya ke dunia nyata apabila dijemput sama meraikan walimatul urus, Nurulfajar Abd Manap di Melaka. 

Semalam dunia nyata membawa Rudy Ludinata berdiri dan menyampaikan ilmu di pejabat saya. Menarik!

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.