Skip to main content

Dilema Ibu Bapa

 

Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 20 Mac 2023. Umat Islam dijangka akan menyambut  Ramadan dan berpuasa pada 23 Mac 2023 iaitu pada hari Khamis. Tiga hari selepas anak-anak mula bersekolah.

Memang situasi ini agak berat terutama bagi keluarga yang besar. Jarak umur anak-anak pula rapat. Lebih terasa 'perit' apabila melibatkan situasi anak yang akan menjejaki kaki kali pertama ke alam persekolahan atau anak yang beralih dari sekolah rendah ke peringkat menengah atau ada kedua-duanya sekali. 

Anak-anak dan keseronokkan memasuki alam persekolahan. Sama seperti keterujuaan mereka menyambut Aidilfitri. Sememangnya sebagai ibu bapa, anak-anak jadi keutamaan. Sedangkan Ramadan sendiri menuntut perbelanjaan berbeza dari bulan-bulan lainnya. Jangan salah tanggapan. Sebagai ibu bapa, terutama yang punya anak-anak yang sedang belajar menjalani ibadah puasa tentu sahaja ingin menyediakan hidangan terbaik buat mereka. Ada anak kecil ini kurang berselera ketika sahur. Ada anak kecil ini inginkan sesuatu ketika berbuka. Ya, benar ini merupakan bulan yang tepat untuk kita mengajar anak-anak erti kesusahan dan kesederhanaan. Namun usaha si kecil menjalani ibadah juga memerlukan sokongan ibu bapa. Kebijaksanaan ibu bapa disulami kasih sayang diharapkan mampu menangani sebarang kesulitan ini.

Kesulitan mencukupkan keperluan keluarga. Mendepani inflasi. Keadaan ekonomi negara yang agak buruk menyebabkan situasi ekonomi sesetengah rakyat dalam keadaan yang teruk. Semoga ada jalan keluar yang lebih baik. 


Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...