Skip to main content

Harimau Malaya - Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Saya bukan pemain ke 12 atau Ekor Harimau sejati. Jarang-jarang ambil tahu pun perkembangan bukan sahaja Harimau Malaya malah sukan lain juga. Cuma kejohanan ini kami sekeluarga berpeluang untuk menontonnya. Baru perasan rupa-rupanya kebanyakkan tonggak utama Harimau Malaya tidak turun padang. 

Satu cabaran yang sangat besar buat Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon. Ini diakuinya sendiri.

Bukan Kim Pan Gon sahaja tetapi semua yang ada dalam barisan kejurulatihan negara. Masa untuk berlatih juga pendek. Lebih kurang sebulan. 

Jadi hendak tengok Malaysia menjulang piala kejuaraan memang agak sukar. Atas kertas under dog. Bagaimanapun sebenarnya kejayaan mara ke separuh akhir memang sesuatu yang sangat mengujakan. Melihatkan cabaran demi cabaran ini, mengingatkan pada drama bersiri Korea, Hot Stove League. Teringat cabaran demi cabaran getir Baek Seung Soo, Pengurus Besar Pasukan, Dreams untuk mengubah pasukan tercorot menjadi juara. Membaca reaksi Kim Pan Gon dalam media massa yang optimis berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti mutu pengadilan dan kekalahan, memang mengingatkan kembali pada Baek Seung Soo.  

Kim Pan Gon ketika mula-mula sekali menerajui Malaysia menyatakan hasrat untuk menaikkan pasukan Harimau Malaya. Setakat ini, tewas empat kali sahaja sejak mengendalikan Harimau Malaya. Malaysia sekarang dalam ranking FIFA yang lebih baik dengan menghuni tangga ke 145 dengan 1066.60 mata.  

Walaupun tidak bermain dengan pemain tonggak utama negara, Harimau Malaya masih gah meraikan kejayaan. Kali pertama menang menentang pasukan Gajah Perang dari tujuh pertemuan semasa Separuh Akhir Piala AFF. Cuma rasa tak begitu mengujakan kerana corak permainan Harimau Malaya yang begitu perlahan. Lebih banyak bertahan. Mujur juga pertahanan tidak bolos. Namun dalam aksi timbal balas memang pertahanan sudah tidak kemas lagi. Hantaran bola tidak kemas. Bola mudah dicuri lawan. Tak mampu curi bola lawan. Tak banyak serangan ke kubu lawan. Memang tak tenteram hati menonton perlawanan. Berbeza dengan aksi menentang Singapura, misalnya. Mungkin juga benar kata-kata, pasukan bola sepak Thailand dan Vietnam sudah jauh meninggalkan kita. Oleh itu amat rugi rasanya kerana kita tidak menurunkan barisan terkuat untuk menentang mereka. Buku tak bertemu dengan ruas. Tak dapat kita nak ukur pencapaian sebenar kita. Perlu ada jalan penyelesaian mengatasi masalah ini.  

Pasukan bukan pilihan ini menang menentang Myanmar. Terakhir menang ketika tahun 2016. 

Pasukan bukan pilihan ini juga berjaya mengakhiri badi kemenangan melawan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak November 2014.


Kejayaan-kejayaan manis disebalik perit jerih pemain-pemain yang mengorbankan masa cuti mereka untuk negara. Terima kasih. Jasamu tetap tercatat dalam rekod kejayaan bola sepak negara. Bukan mudah hendak menyaksikan Malaysia menjulang kejuaraan sekalipun di peringkat Asia Tenggara. Fikir-fikirkanlah. 

Rezeki masih belum berpihak pada kita. Oleh itu, titisan keringat ini berbaloi. Meskipun dalam tempoh singkat barisan kejurulatihan berjaya memimpin pasukan bukan pilihan hingga ke separuh akhir. Ekor Harimau pula kekal bersemangat dan memberikan contoh semangat kesukanan yang tinggi walaupun Harimau Malaya tumpas di gelanggang lawan. Hingga menjadi pujian orang. Terima kasih dan Tahniah semua. 


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...