Skip to main content

Don't Simply Judge!

Setiap kali mengingatkannya, luluh rasa hati.

Kami memang menunggu penggumuman rasmi persekolahan bermula untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Mahu atau tidak. Suka atau tidak, kelengkapan asas mesti disediakan. Anak-anak membesar sebagai johan, uniform sekolah, kasut sekolah perlu diganti walaupun persekolahan bersemuka pada tahun 2020, sangat singkat sejak negara dilanda pandemik COVID 19.

Kami memang pengunjung tetap di sebuah kedai menjual kelengkapan uniform sekolah. Hari Rabu (24 Februari 2021) kami ke sana, mencari kelengkapan sekolah. Anak-anak semua ikut. Sesampainya di kedai, kami diberitahu kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan masuk ke kedai. Baik. Maklum dengan SOP. Akur. 

Kasut-kasut sekolah memang dipamer di luar kedai. Tidak ada masalah untuk anak-anak memilih dan mencuba saiz kasut. Uniform sekolah contoh di bawa keluar untuk anak-anak, cuba. Boleh cuba baju sekolah. Sarung sahaja dari luar. Seluar sekolah yang jadi masalah. 

Saya bawa anak istimewa saya masuk ke dalam kedai. Bercadang untuk mencuba seluar sekolah. Adiknya tak mengapa. Keperluan untuk menggantikkan seluar masih boleh ditangguh. Dalam kepala, saya cuma mahu anak cuba supaya saya tidak perlu ulang alik ke kedai menukar saiz yang tak kena. Anak istimewa saya berumur 13 tahun pada tahun ini. Kami memilih seluar sekolah bersama seorang jurujual. Sedang saya mengacukan seluar ke tubuhnya, seorang jurujual lain dari ambang pintu menegur,

"Budak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk!" 

"Anak saya 13 tahun. Ada IC"

"Tak kira ada IC. 12 tahun, tak boleh masuk!"

"Nak tengok IC ke? Anak saya 13 tahun"

"Tak payah!"

Terus berpaling sambil berjalan menuju keluar kedai dan merungut dengan suara yang kuat. Kuat kerana sampai ke pendengaran saya yang berdiri kira-kira 20 langkah. Jelas dan terang.

"Kata 13 tahun tapi pilih seluar sekolah rendah"

Saya bawa anak menuju bilik persalinan tetapi bilik persalinan di tutup. Kata seorang jurujual yang ada di situ, bilik persalinan memang di tutup.

Saya terus menuju ke arah jurujual yang merugut tadi. Dia ada betul-betul di hadapan kaunter pembayaran. Berhenti betul-betul di hadapannya. Saya sangat tenang ketika bercakap dengannya,

"Saya tidak menipu. Anak saya memang 13 tahun. Saya belikan anak saya seluar sekolah rendah sebab anak saya menggulang Tahun 2 sebanyak 2 kali"

Kemudian saya panggil suami untuk buat pembayaran tanpa menyedari ada beberapa kelengkapan yang masih belum cukup. Saya sudah hilang tumpuan.

Saya tidak meminta jurujual tersebut mohon maaf walaupun percakapan dan perbuatannya sangat melukakan anak saya. Saya memang terluka. Seluruh keluarga kami terluka (apabila saya ceritakan kejadiaan itu dalam perjalanan balik ke rumah). Saya sangat pasti, anak saya lebih terluka. Seperti lazimnya, sepatah pun dia tak bersuara.

Saya mesti bangun mempertahankan anak saya. 

  • Kami tidak menipu. Tidak ada apa faedahnya yang kami dapat dengan menipu.
  • Saya tidak mahu anak saya rasa bersalah kerana keadaan dirinya, saya dituduh menipu.
  • Saya mahu anak saya juga bangun mempertahankan dirinya kerana situasi melibatkan pertikaian mengenai dirinya tidak akan pernah habis. Sedangkan bukan salah dirinya ditakdirkan jadi begini.

Barangkali pada sesetengah orang ini perkara kecil. Hal remeh. Tidak ada rasa bersalah. Tidak menjaga adab pun tidak ada apa-apa. Sebetulnya ini kali ketiga saya berhadapan dengan jurujual tidak beradab dari kedai yang sama. Namun saya memilih berdamai berbanding berseteru kerana saya percaya manusia tidak lari dari berbuat salah, barangkali kurang didikan menyebabkan seseorang bertindak tidak rasional, barangkali kepenatan melayan pelanggan dan juga bukan salah tuan punya kedai untuk diboikot. Bagaimanapun kejadiaan yang baharu berlaku ini, memberi ruang saya memilih berbelanja di kedai yang lain pula akan datang. Tidak ada apa-apa keistimewaan untuk buat saya mengulang datang dan takkan rugi tuan kedai hanya kerana saya sekeluarga tak berbelanja di situ kan.

Bertahun-tahun kami menghadapi 'perang emosi' anak istimewa ini. Memang benar anak ini telah semakin matang tetapi kami tidak ingin melaluinya lagi.


Suka untuk saya maklumkan untuk seseorang murid PPKI, mereka boleh mendapatkan tambahan 2 tahun di sekolah rendah kerana keistimewaan mereka. Jadi mereka boleh berada di sekolah rendah sehingga umur mereka 14 tahun. Anak saya salah seorang daripadanya. 

Jangan cuma sebut 'istimewa' tetapi layanan anda sebaliknya. Tolong jadi ahli masyarakat yang lebih prihatin. Tolong cakna. 

Don't judge. He was born to be awesome not perfect

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang