Skip to main content

Larut Dalam Kesedihan - Kehilangan Anak

Hanya yang mengalami dapat memahami. Betapa sakitnya rasa.

Salahkah seorang ibu larut dalam kesedihan, kehilangan anaknya?
Jang Nara - VIP (episod 11 (23) & 12 (24))
I feel your pain,  Na Jung Sun


Seorang ibu apabila mengandung sedang membawa di dalam rahimnya nyawa seseorang atau lebih. Ada harapan yang digantung. Ada impian yang di bawa bersama-sama dengan kandungan itu.

Namun tolong beritahu, hati manakah yang tak luluh, sebelum sempat mengucapkan selamat datang terpaksa lafazkan selamat jalan?

Sakit kerana melahirkan, hilang dengan adanya bayi di sisi. Dapatkah rasakan betapa sakitnya menanggung sakit tetapi tidak ada bayi di sisi?

Sakit itu tetap sama tidak kira berapa kalipun kehilangan itu berlaku. Walau anak itu duduk dalam rahim 5 minggu, 10 minggu atau 4 bulan atau 6 bulan. Sakit. Sangat sakit sehinggakan hati menangis melihat kegembiraan pasangan lain menyambut 'orang baru'. Dalam hati mencongak-congak sendiri, meneka-neka sendiri. 

"Kalau aku tak gugur, anak aku lahir bulan ini juga"

"Due date dia lebih kurang aku"

"Kalau anak aku hidup, anak aku pun sebaya dia"

Seolah-olah menyaksikan di hadapan mata, tumbesaran anak yang tak sempat ditatap. 

Benar. Allah tak turunkan ujian ke atas orang yang tak mampu menerimanya. Jangan lupa juga, rasa sakit itu juga datang daripadaNya. 

Lama atau sekejap seseorang ibu itu berkabung bukan hak orang lain yang tak pernah merasa untuk menghukum. 

"Boleh je cuba lagi",

"Bukan kau tak ada anak yang lain", 

"Kau gugur je, bukan anak kau meninggal. Tak sempat jaga pun kan"

Sangat sukar sebetulnya memujuk hati menerima kehilangan. Meski terlihat senyum terukir. Tidakkah setiap orang anak itu tidak ada yang serupa? Tidakkah setiap kali mengandung, pengalamannya berbeza? 

Setiap anak itu istimewa. Bagaimana hendak menidakkan keistimewaannya? 
Salahkah larut dalam kesedihan kerana kehilangannya?

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...