Skip to main content

Doctor Room + Penyakit CIPA

Terjebak lagi dengan kdrama selepas sekian lama meninggalkannya. 

Doctor Room atau Doctor John.



Siapa yang belum tonton, sila berbuat demikian. Apa lagi kalau anda hendak tahu sesuatu yang baharu. Ianya berbaloi.

Ada orang tengok sebab hero. Hero Justin Ji Sung. Pelakon yang lain, saya tak kenal hahaha

Mendidik dalam berhibur. Saya orang awam. Saya suka topik baharu atau topik yang jarang dapat perhatian, diketengahkan. Kali ini Drama Room mengetengahkan isu kontroversi iaitu euthanasia dan penyakit yang jarang ditemui iaitu CIPA. Buat saya bersungguh kemudiannya mencari tahu untuk dapatkan maklumat lebih jelas.

Euthanasia - sukar hendak dijelaskan. Bahasa mudahnya, menamatkan hayat seseorang oleh anggota dari bidang perubatan.

CRPS - rasa sangat sakit sehingga tidak boleh disentuh pun.

Lawan CRPS adalah CIPA. Sungguh agung Pencipta manusia. Menciptakan rasa sakit. Menciptakan sakit tanpa rasa.

CIPA - deria rasa tidak bertindak balas (kesakitan atau suhu)

Suka atau tidak, jika dihayati ada penerapan kepercayaan pada Tuhan secara umum dilakukan melalui cerita yang disampaikan. Walaupun setakat ini belum ada adegan di gereja. Malah ramai yang tahu masyarakat di Korea Selatan tidak ramai yang punya pegangan agama. Nampak tak, bagaimana cerita digarapkan dan dikaitkan menjadi jalan cerita yang menarik.



Bagi peminat kdrama mesti perasan, ada banyak sangat drama berlatarbelakangkan perubatan. Tambah menarik kerana adegan di bilik bedah, prosedur perubatan dan seumpamanya, nampak macam betul-betul dilakukan oleh pelakon. Lainlah jika anda memang tergolong dalam bidang perubatan. Mudah anda mengesan kejanggalan atau kesilapan.

Drama sudah hampir ke penghujung, baharu ada masa hendak menulis tentangnya.



Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...