Skip to main content

Nasib Rakyat? Yang Tak Berkuasa & Upaya

Mesti biasa dengarkan, nasib mentimun. Nasib mentimun apabila berlawan dengan durian. Tergolek, luka. Digolek pun luka. 

Kita, rakyat begitukah?

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. 


Pelanduk itulah lambang orang lemah, tak punya upaya dan kuasa. Pelanduk itu juga ibarat mentimun. 


Perbalahan dua kuasa besar, akhirnya nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa. Sejarah sudah mencoretkan cerita duka namun hati tetap bergetar. Pelupuk mata tetap basah.


Perbalahan yang memutuskan ikatan kekeluargaan, kekasih dan persahabatan.


Kejam bukan?!


Sambong Jung Do Jeon dengan caranya. Putera Jeongan Lee Bang Won dengan caranya. Padahal matlamat mereka sama. Impian mereka sama. Kaedah sahaja yang berbeza. Pendirian masing-masing. Ego tak berpenghujung. Saling menegakkan benang yang basah. Tiada istilah beralah. Tidak ada pertimbangan. Benarkah itu sahaja pilihan untuk terus hidup? Atau itulah besarnya pengaruh sesuatu kedudukan dan kuasa ke atas seseorang manusia. Paling mengecewakan adalah jawapan Sambong Jung Do Jeon apabila Putera Jeongan Lee Bang Won bertanya, "Mengapa Cikgu tak larikan diri?"

"Saya tak perlu melarikan diri. Impian awak dan impian saya adalah sama. Awak adalah orang yang paling arif tentang idea dan rancangan perlaksanaan negara yang saya impikan. Tidak ada beza sama ada saya atau awak yang melaksanakannya. Saya percaya awak akan berjaya melaksanakannya."

Kalau benar tidak ada bezanya, mengapa kau menidakkan impiannya? Kecewanya. Bukan hanya nyawa yang tak berdosa tetapi kehilangan cendikiawan yang sepatutnya tidak berlaku. Pilihan apakah ini?

Pilihan. Ah, apalah bezanya era zaman itu dan masa kini. Meskipun sekarang bukan mata pedang secara fizikal yang menentukan kemenangan dan penderitaan.


Kesudahan yang sama, air mata dan darah bersama luka yang tak mampu disembuhkan oleh waktu.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...