Skip to main content

Oreo Cheese Cake Untuk Hari Lahir

Ini cerita hari lahir Suami tahun lepas yang saya peram entrinya hahaha. Tengok-tengok eh tak publish ya hahaha. Publish. Rugi tulis panjang-panjang resepi tapi tak publish. Saya buat kek keju oreo untuk sambutan hari lahirnya. Kalau hari lahir anak-anak, saya mungkin akan buat kek coklat sahaja. Tak payah pening-pening. Suami suka kek keju. Pengalaman saya buat kek keju, tidak cemerlang. Selepas selongkar beberapa resipi kek keju, saya bulatkan tekad buat kek keju oreo. Anak-anak suka makan biskut oreo. Coklat oreo pun mereka makan. Saya harap mereka akan suka kek keju oreo ini.


Alhamdulillah proses membuatnya tidak rumit. Kebetulan dalam masa yang sama keadaan kesihatan Adik Fitri tak memuaskan. Matanya bertahi. Kata doktor kerana panas. Syukur Alhamdulillah, bukan sakit mata yang berjangkit.

Seelok sahaja kek masak, Adik Fitri pun bangun. Alhamdulillah. Hendak kata puas hati, rasanya masih ada juga satu dua perkara yang perlu dibuat untuk membuatkan kek ini, lebih baik. Namun apa kan daya, gagal memikat selera anak-anak. Kata Abang Ngah, ''Tak sedap!". Budak-budak memang jujur. Mujur Suami makan, hilang rasa penat.

Bahan Untuk Dasar Kek
30 keping biskut oreo (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan mentega - cairkan

Cara Membuatnya
Gaul biskut oreo kisar dengan mentega hingga rata. Tekan pada loyang yang telah digris dan dialas. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Bahan Untuk Kek
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
2 biji telur - buang tali pusatnya
1 cawan oreo cookies - dicincang halus
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan sour cream - saya gantikkan dengan yogurt
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya
1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga hingga benar-benar sebati.
2. Masukkan sour cream dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan biskut, kaup balikkan hingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang berisi dasar kek.
6. Bakar secara steam bake dengan suhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar-benar masak. (Suhu oven dan tempoh memasak bergantung pada oven seseorang.)
7. Tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning. Letak acuan pada rak bawah sekali dlm oven.
8. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam atau semalaman.

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/02/resepi-oreo-cheese-cake.html

Terima kasih atas perkongsian resepi ini.

Februari sudah hampir ke penghujung. Mac. Hendak beli apa ya? Hendak buat kek apa pula ya?

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...