Skip to main content

Buat Baik Berpada-pada

Pepatah mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 

Kebanjiran pekerja asing semacam tak dapat dibendung. Mudah benar mereka mendapat pekerjaan di negara kita hinggakan ramai yang berstatus PATI tetapi masih selesa bekerja, bergerak ke sana sini di negara kita seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah membina keluarga. Setuju tak, kalau saya katakan mereka ada sahaja di sekeliling kita. Cuba lihat kiri kanan anda. Macam-macam karenah. Macam-macam cerita. Ini salah satu cerita. Cerita ini berlaku minggu lalu sekitar pukul empat petang. Ada dua orang pekerja asing dari tanah seberang (pekerja am) tetapi yang menyampaikan cerita hanya seorang sahaja. Seorang lagi lebih banyak mendengar. Apa kata anda baca dahulu ceritanya.
 
Pekerja ini memulakan cerita dengan memberitahu seorang kawannya baru seminggu bersalin tetapi masih ada di hospital kerana bil belum dilunaskan. Suami kawannya ini telah ditangkap oleh pihak berkuasa ketika kawannya mengandung lapan bulan dan sudah pun dihantar pulang ke negara mereka. Katanya lagi, kawannya telah bersalin di Hospital Kuala Lumpur dengan meminjam dokumen pengenalan orang lain (dalam erta kata lain, tipu identiti) sebab statusnya PATI (pendatang asing tanpa izin) juga. Sekarang mereka semua tak berduit hendak menjelaskan bil dalam lingkungan RM 2,000.00. 

Pekerja itu sendiri katanya, sedang berusaha meminjam daripada orang lain untuk membantu. Mereka bimbang sekiranya bil tidak dijelaskan, pihak hospital akan mengambil bayi itu. (Itukah yang berlaku di negaranya?)

Ada tawar menawar. Kalau dapat sesiapa membantu melangsaikan bil. Kawannya itu sedia bekerja bagi membalas budi. Lagipun kawannya ini punya pengalaman kerja dan pernah bekerja sebagai pekerja am juga. (Oh wow! Sudah berapa lama ya??? dan merancang kekal sebagai PATI???)

Apa pandangan anda dengan cerita ini?

Buruk sangka pada orang itu berdosa. Maka berdosalah saya petang itu kerana saya tidak dapat mempercayai sepenuhnya cerita ini. Saya rasa ada sandiwaranya. Tambah pula ada sedikit dolak dalih apabila kami menghubungi pihak berkuasa. (Salah seorang daripada pegawai di sini mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak imgresan). Tiba-tiba pekerja itu tidak pasti, kawannya bersalin di hospital mana. Keesokkan harinya, katanya bil itu sudah dilunaskan. Apabila ditanya, siapa yang melunaskan bil itu? Jawabnya, orang yang meminjamkan dokumen pengenalan diri. Maafkan saya tetapi dalam hati memang sedang berkata-kata. 2 hari sesudah membawa cerita itu, pekerja ini tidak hadir bekerja.   

Saya kongsikan ini kerana saya tahu masyarakat kita sangat prihatin dan suka membantu. Tidak salah anda membantu tetapi berhati-hati, jangan sampai tertipu. Dalam hal semacam ini saya rasa saranan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali boleh diguna pakai.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...