Skip to main content

Kecil Kecil Si Cili Padi

Home sweet home. Setelah habiskan 44 hari tempoh berpantang, akhirnya kembali ke rumah. Saya tidak mengharap banyak kerana tahu pokok-pokok ramuan hanya bergantung pada rahmat hujan yang turun. Tidak ada sesiapa yang akan menyiram sepanjang ketiadaan saya di rumah. Sememangnya hujan membawa rahmat kerana alhamdulillah semuanya kelihatan segar dan subur.


Cuma pokok kunyit nampak lemah. Itu angkara haiwan perosak yang saya tak jumpa lagi jalan mengatasi mereka.



Entah ini pokok cili yang ke berapa pernah saya tanam. Namun inilah pokok cili pertama yang saya tanam berjaya berbuah. Itu yang beraksi cantik dalam blog ini hahaha. Syukur Ya Allah. Ada sebab kenapa saya tidak putus harap menanam cili padi atau cabai burung ini.


Saya memang suka makan makanan pedas-pedas tetapi sejak gastrik teruk semasa mengandung, saya kurang mengambil makanan yang pedas-pedas. Ada masa teringin juga. Beli di kedai, takkan sepuluh biji. Kena beli lebih. Beli lebih itu yang membazir. Kering dalam peti sejuk. Buang sudahnya. Tanam sendiri, tidaklah membazir. Kalau tak petik untuk makan, boleh juga jadi makanan burung yang selalu singgah.



Hmmm inilah masalah besar saya. Hampir semua pokok di kebun mini diserang bena. Bukan sikit-sikit. Banyak. Itu yang pokok mati sebelum sempat berbuah. Kasihan pokok-pokok ini. Sebolehnya tak mahu gunakan racun sebab ini pokok-pokok ramuan. Belum jumpa lagi cara mengatasi. Sesiapa yang tahu tolong bantu ya.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...