Skip to main content

Pantai Kehidupan

Lama bersawang. Kasihan, kena tinggal begitu sahaja! Sebetulnya bukan disengajakan. Tidak ke mana-mana pun. Masih di sini. Cuma keadaan kesihatan yang kurang telah membataskan segala-galanya. Benar-benar terasa apabila nikmat yang dipinjamkan Yang Maha Esa "ditarik balik". Tetapi untuk mendapatkan sagu mesti berusaha memecahkan ruyung. Kata orang lagi, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Semoga ada tukaran nikmat sebagaimana yang diharapkan.

Hidup adalah pantai yang selalu berubah dilanda badai. Ujian yang datang seperti ombak tiada surutnya, kerana janjiNya juga ujian menguji keimanan, menduga kesabaran, meneguh cinta. Tentulah kerana sering dekat dan semakin dekat. Tentulah cinta itu tumbuh bercambah segar. Harapnya begitulah.


Perubahan besar juga berlaku dalam hidup sahabat saya, Nasha. Alhamdulillah. Hijrah sebetulnya. Tahniah, Nasha. Saya tumpang seronok. Memang lambat tahu perubahan itu kerana blognya, tak berkesempatan untuk singgah. Facebook juga sudah hantar notis kerana lama diabaikan. Begitulah apabila datang masa sakit.

Lama berdiam, memang banyak yang berlaku. Banyak perubahan yang telah terjadi. Nantilah. Nanti-nanti. Insya Allah, sekiranya esok lusa masih ada hari. Masih ada kelapangan. 

Comments

  1. Assalam Syidah..semoga sentiasa sihat dan di dalam lindunganNYA

    ReplyDelete
  2. Hi Syidah! Camana sekarang, hopefully sihat dan ceria seperti dulu. Memang bila ditimpa ujian, terasa peritnya dunia tapi insyallah semua tu membuatkan kita lebih dekat pada Dia. Ada laa yang lebih baik menanti in future and its for sure ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...