Skip to main content

Demam Kembali

Ada satu kisah yang sangat menyayat hati berlaku pada bulan September ini. Tidak diketahui sepenuhnya kisah itu tetapi inti patinya adalah kehilangan jiwanya. anak salah seorang pegawai tertinggi di organisasi tempat saya mencari rezeki ini, meninggal dunia setelah demam beberapa hari. Cuma beberapa hari, ya kawan-kawan. Rencana Allah SWT, apa daya kita menahannya.

Sebelumnya, artis Safura Yaacob kembali ke rahmatullah. Juga demam. Tempoh yang juga singkat, hanya 3 hari. Arwah anaknya itu sebaya dengan anak bongsu saya. Demikianlah kehendak Allah SWT.

Penghujung bulan lepas (September), anak-anak demam. Tidak kebah-kebah walaupun melewati hari ke 3. Muntah-muntah juga. Kami ke hospital. Darah Adik diambil bagi memastikan bukan demam denggi. Hero saya itu sedikitpun tidak menangis. "Kasihan Adik! Dah biasa kan, Adik". Doktor meramalkan, adik akan demam beberapa hari lagi tetapi cuma demam biasa. Kak Long pula jika terus-terusan muntah, mesti dimasukkan ke wad. "No more milk, Kak Long!". Kasihan! Susu itu makanan utamanya. Tidak makan nasi, tidak apa tetapi mesti minum susu.

Keluar masuk hospital, bagi Adik bukan perkara baru. Tahun lepas saja, dua kali Adik di masukkan ke wad. Antaranya disebabkan demam berpanjangan. Demam yang datang dan pergi. Bukan 3-4 hari tetapi seminggu dan lebih. Kasihan anak itu! Badan yang sememangnya kurus bertambah kurus lagi.

Sejak semalam, Adik demam kembali. Tinggi suhunya, 38C. Kak Long pula muntah-muntah. Kami sangka kerana Kak Long tidak mahu menjamah nasi, perutnya kosong dan masuk angin. Ruapanya menurut doktor, tekaknya bengkak. Tidak sihat bagaimanapun, keduanya riang bermain, berlari dengan sepenuh tenaga.

Subuh ini, demam Adik 39C. Lebih tinggi dari semalam. Kak Long juga tetap muntah-muntah walaupun tidak seteruk semalam. Suami bekerja di luar daerah. Tidak dapat tidak, saya mesti pergi bekerja hari ini. Ada wakil syarikat yang mesti saya temui. Ada tugas besar lain yang mesti diselesaikan hari ini juga. Waktu-waktu begini, rasanya mahu sahaja menggaji pembantu atau mahu sahaja gunakan talian hayat, meminta bantuan Emak datang menjaga anak-anak. Tetapi sampai bila, saya mesti menyusahkan Emak? Adakah pembantu dapat menjaga kedua orang anak saya dengan lebih baik? Jauh di lubuk hati, Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya untuk meninggalkan anak-anak di taska. Selalu hati berperang. Mana satu keutamaan saya? Tambahan pula dengan segala macam kisah yang berlaku. Jasad di sini, hati dan fikiran melayang memikirkan anak-anak. Ibu macam apakah saya ini. Memang ini dugaan dan saya mesti kuatkan semangat. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit anak-anakku. Amin.


Layankanlah: saya sedang memujuk hati yang rawan. Comel kan botol ini. Ini botol madu. Penawar batuk anak-anak. Manis jadi ubat tetapi anak-anak kurang suka. Selalu kena paksa. Menangis-nangis tekup mulut. Selalu makan pun, tetap tak suka. Selepas makan sahaja, terus minum air. Rasa hendak ketawa melihat gelagat mereka. Namun inilah, penawar yang lebih mujarabat berbanding ubat batuk dari klinik. "Adik pun dah batuk-batuk semula kan. Kita makan madu ya".

Comments

  1. Syidah, memang bila anak demam jer..kita yang seram sejuk. Iman pun last year 2 times hospitalized. This year pun dah 2 times. Semua kes demam. Ngeri, sorang kawan, anak dalam state semi-comatose because of acute encephalitis due to fever. Dah 23 days, harapnya dapat recover.

    ReplyDelete
  2. Nasha, macam mn khabar anak kawan ngko? memang menakutkanlah sekarang, ingatkan demam biasa2 je tiba2 meninggal. susah hati nak buat kerja apapun tak tenang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...