Skip to main content

Malang Tak Berbau


Kalau saya tahu, saya akan hantar anak-anak ke taska pagi ini. Jadi saya akan lewat sikit dan takkan bertembung dengan motor itu. Itu kalau saya tahu.

Kalau saya tahu, saya akan ikut jalan biasa. Biarlah sesak. Biarlah lambat. Biarlah kedatangan "berdakwat merah", asalkan kereta saya tidak dilanggar motor pagi ini. Itu kalau saya tahu.

Kalau saya tahu, saya akan duduk diam-diam dalam rumah dan ponteng kerja hari ini. Kereta saya selamat. Duit pun selamat. Itu kalau saya tahu.

Masalahnya saya tak tahu. Malang itu tak berbau dan pagi ini saya ditimpa malang sekali lagi. Kereta saya dilanggar lagi. Kali ini di sebelah tempat duduk penumpang. Cerminnya berkecai. Pintu kereta kemek dan tidak boleh dibuka lagi. Sport rim rosak. Bahagian hadapan berhampiran pintu juga kemek. Sekali lagi, kereta saya dilanggar oleh penunggang motosikal. Sekali lagi.

Mujur suami saya yang hantar anak-anak ke taska hari ini. Jadi inilah hero saya. Jurucakap saya. Tukar kereta dengan saya. Suami saya bawa kereta yang teruk itu sampai ke Melaka dan Putrajaya. Kasihan dia! 

Kereta saya pun hero juga. Sebab itu namanya wira. Sudah dua kali kemalangan teruk, kereta itu tetap hero. Hendak tahu kenapa? Inilah jawapannya, sebab saya tidak tercedera. Sudah dua kali juga saya terselamat. Alhamdulillah. Cuma luka sedikit jari saya terkena serpihan kaca cermin kereta ketika hendak mengeluarkan barang tadi. Kasihan wira saya.

Saya sudah hilang rasa takut sebaliknya yang ada adalah terkejut dan marah. Marah kerana kelalaian mereka menyusahkan saya. Bukan saya sahaja yang susah, suami saya susah dan anak-anak saya susah. Melayang lagi duit. Angkanya tentulah tidak akan kurang daripada empat angka. Saya takkan dapat tuntut apa-apa daripada mereka. Malah mereka sebagai penunggang motosikal adalah yang dilindungi. Lagi menyakitkan hati apabila mereka tidak mahu mengaku salah. Geram betul! 

Gambar keadaan kereta selepas kemalangan diambil oleh staf saya yang datang membantu. Itu gambar dua tahun lepas. Pagi ini, tiada sekeping pun saya rakamkan. Terakam dalam minda sahajalah. Hikmah apa ye?

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...