Masa itu emas. Terasa hari berlalu begitu cepat. Banyak lagi yang perlu dibetulkan. Banyak pula penambahan yang mesti dibuat. Cuti-cuti-cuti. Cuti perayaan. Mustahil untuk dihalang. Jatuh taraf kejam pula nanti. Terasa benar kekurangan tenaga kerja. Maknanya kekurangan idea bernas. Wah, bukan hanya masa! Dugaan datang bertimpa, salah seorang orang harapan akan menjalani pembedahan. Kesihatannya yang paling utama, harapnya beliau sempat sembuh sepenuhnya sebelum hari pertandingan. Minggu hadapan pula, ada satu lagi tugas tambahan yang besar dan mesti dilaksanakan. Nampaknya mesti berkejar siapkan semuanya dalam minggu ini juga. Sempat?! Entahlah. Tapi tak boleh mengalah, mesti cuba. Cuba yang terbaik.
Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Comments
Post a Comment