Skip to main content

Bukan Penamat!

Terakhir sebelum melangkah ke pentas
Tarikh keramat 28.10.2010 usai  sudah. Hasil usaha, penat lelah, kesungguhan dan kesabaran telah dilunasi dalam masa kira-kira 20 minit, pagi semalam.

Semuanya berdebar-debar
Alhamdulillah, ketika persembahan kumpulan semuanya lancar. Adalah sikit-sikit tersasul, suara mengigil, gementar dan lawak-lawak spontan yang hanya ahli kumpulan yang faham.

Tak tentu arah - kena terjah!
Bagaimanapun kami terperangkap oleh soalan daripada ketua juri. Memang mengecewakan kerana kami sama sekali tak menyangka soalan itu akan diajukan. Kepala saya terus berdenyut-denyut. Terasa tiba-tiba sangat-sangat letih. Saya jawab juga namun dibalas dengan, TIDAK MENJAWAB SOALAN! Lagilah kelam kabut. Dalam hati, saya merasakan juri tidak memahami projek kami. Sia-sialah semuanya. Malu pada semua hadirin. Apa pula kata Dato', ketua tempat kami mencari rezeki. Tentulah kami telah memalukan beliau. Oh tidak! Turun dari pentas, saya hampir menangis. Hati cuma terpujuk apabila salah seorang daripada kami menjelaskan, kehendak sebenar juri. Sungguh itu adalah perkara yang bukan kami abaikan tetapi tidak kami beri tumpuaan kerana kesulitan-kesulitan menyediakannya. Leburlah semua impian untuk meraih kemenangan. Hahaha… ada hati tu?! Tak apalah, kami menang bergaya dan bergambar! Ini bukan penamat kerana hari ini keputusannya akan diumumkan. Apapun saya terima dengan redha, Alhamdulillah!


Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...