Skip to main content

Sebelah Tangan

Hampir sebulan anak-anak di Taska. Hampir sebulan saya tanpa pembantu. Ada pro. Ada kontra. Hari ini, mata rasa berat sekali. Saya cuma dapat tidur dua jam kerana Adik Ngah kembung perut. Hari-hari sebelumnya, rutin harian saya belum begitu lancar. Tekanan tidak hanya pada anak-anak tetapi saya akui, saya juga. Sebelah tangan. Sebelah tangan mencuci pinggan. Sebelah tangan menyidai kain. Sebelah tangan melipat kain. Sebelah tangan kerana Adik Ngah mahu berdukung semata. Sebelah tangan untuk rutin harian. Sebelah tangan mendukung Adik Ngah. Perasaan tidak selamat, takut ditinggalkan menjadikan pergerakan saya lambat dan terbatas. Sedikit hari nanti, saya akan bertukar jadi emak yang tangannya kental-kental!

“Sangat letih!” Itu reaksi pertama saya kepada suami. Namun ini pilihan saya. Saya percaya saya perlukan masa walaupun sering bisikkan kepada anak-anak, saya perlukan kerjasama mereka. Seolah-olah si kecil berdua akan lebih memahami. Sememangnya saya mengharapkan begitu tetapi pengertian apakah yang boleh saya harapkan daripada anak-anak sekecil itu? Saya percaya, masa dapat membantu saya membiasakan diri dengan rutin baru, tanggungjawab berganda ini. Saya percaya masa dapat membantu anak-anak menerima kenyataan, situasi baru, memulihkan keyakinan Adik Ngah. Saya tahu dengan pertolongan Allah SWT, kami mampu menghadapi semua ini.

Zana, saya jadikan idola. Antara saya dan Zana, kami punya banyak persamaan dalam menghadapi situasi ini. Kini saya mengerti luahan Zana selama ini. “Zana, kita seri sekarang.”

Tidak ada yang lebih baik melainkan kedua anak-anak ada di sisi. Tidak ada yang lebih baik melainkan kedua-duanya sihat selamat sejahtera. Biarlah dengan keupayaan sebelah tangan.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...