Skip to main content

Salam

Seingat saya blog pertama yang saya baca sekitar tahun 2001, tuannya namakan ianya seluas angkasa. Mulanya saya hanya silent reader, kemudian saya jadi kerap meninggalkan jejak (komen dalam blognya...) dan ada kiriman saya yang beliau paparkan (gembira tau masa tu...). Ada karangan saya untuk beliau, ditampal di dalam fotopages orang lain (ini saya jumpa sendiri, takteh.fotopages.com). Petanda beliau punya begitu ramai peminat. Atas dasar persahabatan, saya terima undangan beliau meraikan majlis perkahwinannya di Melaka. Itulah kali pertama dan setakat hari ini, kali terakhir saya bersemuka dengan beliau sekeluarga. Saya ikuti perkembangan beliau hingga kini. Ketika beliau sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat getir, kehilangan Amir Yusuf. Detik itu, saya kira lebih ramai yang membaca blog beliau. Begitu istimewa arwah anakanda dititipkan doa ratusan pembaca blog ayahnya.

Melalui seluas angkasa ini, saya kenal blog-blog yang lain. Antara yang paling saya rajin singgah adalah blog milik encik khairul. Percayalah gaya penulisannya memang sangat menarik. Sayangnya encik khairul tak menulis lagi. Saya pernah diundang beliau menjadi penulis tamu (tersangatlah seronok, Insya Allah saya akan tampal di sini hasil tulisan tak seberapa tu). Untuk Fajar dan Encik Khairul, terima kasih.

Kali ini saya menulis blog sendiri. Pelangi tujuh warnanya bukan sejuta tetapi hidup sangat berwarna seperti juga pelangi. Malah warnanya lebih daripada tujuh warna pelangi itu sendiri. Hayat juga tidak panjang seperti mana juga pelangi, sampai masanya akan hilang. Moga-moga ada perkara baik yang dapat dikongsi bersama dengan orang lain sebagaimana saya dapat mengutip ilmu daripada sebilangan blog yang pernah saya jengah dan singgah. Harap tuan punya blog halalkan ilmu yang dikongsi itu.

Comments

  1. Salam,

    terima kasih atas ukhwah yang diberikan.
    terima kasih atas doa dan kata-kata semangat.
    terima kasih untuk semuanya.

    hanya doa dipohonkan
    agar Tuhan memberikan kebahagiaan
    dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...