Skip to main content

Posts

Kebakaran - Api, Kecil Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan

Kata pepatah, malang itu tidak berbau . Itu yang terjadi pada tarikh 22 yang lepas kira-kira jam 2:00 pagi. Kebetulan ketika itu saya sedang menukarkan lampin anakanda, satu letupan kuat sehingga rumah kami terasa gegarannya. Terus saya kejutkan suami. Kami nampak dari tingkap bilik, salah sebuah rumah kedai di tingkat paling atas terbakar. Api marak. Kami keluar. Jiran-jiran pun keluar. Suami cuba beberapa kali menghubungi pihak bomba. Kemudiannya memaklumkan, sudah ada lebih daripada 3 panggilan kecemasan melaporkan tentang kebakaran itu. Semua resah. Hendak dekat memang tidak berani. Runtuhan konkrit dan cermin besar dan kecil tak henti-henti jatuh.  Masing-masing berharap tidak ada orang di dalam bangunan. Harap juga api tidak marak dan merebak. Ada sebuah kereta betul-betul di hadapan rumah kedai yang terbakar. Kami tertanya-tanya milik siapa kerana kereta-kereta milik jiran-jiran yang parkir berhampiran, semua telah dialihkan. Tiba-tiba ada seorang lelaki tur...

Baharu

Antara tanda-tanda akhir zaman adalah masa berlalu bagaikan tak terasa. Sekarang sudah 2014. Terasa sekejap betul masa beredar. Saya tak tahu orang lain tetapi saya termasuk dalam golongan rakyat yang rasa perit. Bermula tahun 2014 dengan segala macam kenaikan, memang terasa sukar. Bayangkan apabila subsidi harga gula dikurangkan. Harga barang makanan dan minuman mula naik kerana kenaikkan kos bahan mentah iaitu gula. Apabila diumumkan harga minyak dan tarif elektrik naik, ianya lebih memburukkan keadaan. Dengar-dengarnya harga air juga akan naik kerana kos merawat air menggunakan tenaga elektrik. Kos logistik, kos menyelenggara turut naik. Jadi bukan hanya nasi lemak naik harga tetapi harga rumah juga meningkat. Harga bahan mentah seperti simen dan sebagainya naik, jadi mengapa pula harga rumah tidak ikut naik? Nilai hartanah pun meningkat, cukai taksiran yang perlu dibayar pun naik. Pendek kata, tahun 2014 ini serba serbi harga baharu. Taska harga baharu. Antara lain alas...

Kek Coklat *Gateau Au Chocolat*

Ini cerita lama. Waktu belek-belek gambar yang hendak dinyahkan dari kamera, ada pula gambar kek ini. Saya tertarik kerana bahannya cuma coklat dan telur. Lagipun cara membuatnya ringkas dan mudah. Kebetulan waktu sekolah Abang Ngah adakan jamuan raya ketika itu, kesempatan emas untuk saya mencuba. Budak-budak dan coklat. Kombinasi yang kena, selalunya. Gateau Au Chocolat Bahan-bahan: 300 gram coklat masakan (saya guna coklat gelap) 5 biji telur Cara-cara: 1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Sapukan loyang dengan majerin. 2. Asingkan telur putih dan kuning. 3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan kuning telur sehingga sebati. 4. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam bekas coklat, kacau. 5. Kemudian campurkan adunan coklat ke dalam baki putih telur, kacau perlahan sehingga rata. 6. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar 45 - 50 minit. 7. Sejukkan sebelum dihidang. Kek ini akan turun sedikit apabila sejuk.  ...

Melancong ke Xinjiang?

Teringin ke sana. Majalah Malaysian Business keluaran Oktober menyiarkan artikel jelajah Kashgar, Xinjiang.       Xinjiang kelihatan sangat menarik untuk dikunjungi. Keindahan muka buminya, masjidnya, rekabentuk bangunan, kediaman, pasar, budaya, makanan huh... Penghuninya masih cuba sedaya upaya mengekalkan tradisi mereka. Islam sedang dijunjung tinggi walau menerima pelbagai tekanan.     Beijing, Shanghai sudah terbiasa kita dengar, pelancong ke sana. Walau tak pernah ke sana tetapi keinginan tidak membuak. Shenzhen, Alhamdulillah sudah menjejakkan kaki walaupun sekejap. Hidangan masakan tradisi Xinjiang yang dinikmati di Shenzhen menguatkan lagi keinginan untuk berada di Xinjiang. Hong Kong juga sudah. Rasa sesak dalam udara berjerubu. Alhamdulillah banyak yang dikutip sebagai pengalaman dan pelajaran.   Baru-baru ini ada antara pelancong dari Filipina terkorban. Pentadbir menuding jari ke arah masyarkat Muslim ...

Program Taska, Kementerian Kesihatan & Ulangtahun Anak-anak

Saya gembira apabila anak-anak gembira. Tujuan semua ini adalah untuk mengembirakan hati anak-anak. Kerja-kerja pembungkusan goodie bags , saya serahkan kepada anak-anak. Tak susah pun. Cuma masukkan kotak alat tulis itu ke dalam beg plastik. Tengok si kecil itu sibuk sama. Terjerit-jerit kakak dan abangnya sebab habis dipunggahnya barang-barang yang sudah disusun. Saya sediakan juga coklat sebagai buah tangan kepada anak-anak di Taska. Ini saya sendiri bungkuskan. Harap pada anak-anak, lain pula jadinya nanti. Program di Taska bermula awal pagi dengan acara senam robik. Kami tiba setelah senaman selesai sebab kebetulan ketika sarapan di kedai makan berhampiran Taska, ada lintas langsung pertunangan Fizo Omar. Meriah juga walaupun kurang sambutan daripada ibu bapa. Anak-anak buat persembahan untuk ibu bapa. Ada macam-macam ragam. Tak mahu menyanyi. Menyanyi sambil menangis. Kelakar sungguh. Kami ambil kesempatan buat pemeriksaan kesihatan yang diadakan oleh Kementeri...

Pokok Cili Merah Berbuah Sebiji

Tidak disangka-sangka pokok cili yang disangka akan mati mampu bertahan dan berbuah. Walaupun buahnya hanya sebiji, rasanya sangat seronok. Syukur, Alhamdulillah. Saya masih tak dapat rahsia mengatasi serangan bena putih. Habis mati pokok-pokok ramuan yang saya tanam. Nampak jelas dalam gambar serangan bena putih. Kasihan pokok. Saya pun tak punya banyak masa untuk duduk mengulit pokok-pokok ini. Sesekali di hujung minggu sahaja. Kuasa Allah yang sangat besar. Untuk sampai ke peringkat ini, daun-daunnya banyak yang kering. Memang pokoknya melidi. Saya ingat selepas saya ambil buah yang sebiji ini, pokok itu akan mati. Namun pokok cili nan sebatang itu masih hidup sampai sekarang.

Barangan Perkahwinan di Kedai Bunga Vivan, Chow Kit

Sekarang semua barang naik harga. Hujan sahaja yang turun kan. Hmmm... Pening memikirkan harga minyak naik, harga gula naik. Tarif elektrik beberapa hari sebelum pilihanraya sudah naik. Cukai pintu pun naik, surat sudah sampai. Kos sara hidup naik dan terus meningkat naik. Memang orang kata yang naik harga itu minyak, mengapa pula harga barang makanan boleh naik? Sedangkan bukannya goreng pisang dengan minyak RON 95. Kos pengangkutan meningkat apabila harga minyak naik. Impaknya pada harga makanan. Impaknya pada barang-barang lain yang kita gunakan. Bukan semua barang dalam kawalan. Jadi ramai yang tidak sedar, harga ikan sardin dalam tin meningkat, harga susu formula turut naik. Ini semua tidak diumumkan kepada masyarakat. Siapa yang rajin buat perbandingan harga akan perasan harganya sudah berbeza.  Saya paling tidak suka apabila ada yang mengatakan, harga minyak di Thailand lebih tinggi atau harga minyak di Indonesia lebih mahal. Sebabnya? Saya tidak tinggal di Thailand...