Skip to main content

Posts

Terima Kasih

Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan menandingi keutamaanNya. Menurut riwayat Al-Bukhari bahawa setelah Saiyidina Umar r.a ditikam, beliau menyuruh Abdullah pergi kepada Siti Aisyah supaya mengizinkan Umar Al-Khattab dikuburkan di samping Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq. Seketika Abdullah balik dan menerangkan bahawa permintaan Umar dibenarkan Aisyah, Saiyidina Umar segera mengucapkan tahmid ini. (Al Adzkar : 170). Syukur Alhamdulillah atas limpah rahmat dan kurniaanNya. Jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk anugerah ini. Ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali. Terima kasih Emak Ayah. Ini adalah berkat doa restu Emak Ayah. Terima kasih Abang kerana mengizinkan saya mencari rezeki. Terima kasih anak-anak permata hatiku. Tentulah ini rezeki anak-anak, saya cuma menumpang. Bahkan anak-anak terpaksa berjauhan selama saya mencari rezeki. Setiap kali saya bercuti dan mereka tidak perlu ...

Salji di Urumqi, Xinjiang

Lama benar blog ini dibiarkan. Ada macam-macam cerita sebenarnya hendak dikongsikan tetapi terpaksa diperam. Sibuk, sibuk, sibuk. Walaupun cuti sekolah. Sungguhpun dua beradik itu ada di kampung tetapi emaknya tetap sibuk. Adik kembali selesema dan batuk setelah beberapa bulan kami  dapat menarik nafas lega melihatnya pulih. Semalam baru kami bawa Adik kembali berjumpa Dr Nadir Khan di Klinik Wangsa . Saya berkira-kira hendak ambil cuti sahaja hari ini, sekiranya tidak diizinkan pulang awal semalam. Namun Alhamdulillah, bos beri saya kebenaran pulang awal untuk bawa Adik ke klinik. Malah saya dibenarkan balik lebih awal daripada masa yang saya pohon. Cuma saya tidak mahu mengambil kesempatan berlebihan. Saya tukarkan waktu makan saya dari pukul 12:00 tengah hari ke pukul 1:00 petang. Jadi saya boleh ikut saranan bos untuk balik pada waktu makan tengah hari. Terima kasih banyak-banyak, bos. Anda bawa anak-anak ke mana cuti sekolah kali ini? Kami bawa anak-anak dan keluarga s...

Calvin Thoo Saudara Baru

Alhamdulillah. Sangat gembira sehingga sebak rasanya mendapat berita bertambah lagi saudara baru kita, umat Islam. Tahniah diucapkan kepada beliau. Alhamdulillah, besar rahmat Allah SWT. Foto-foto yang dirakamkan ketika beliau mengucap dua kalimah syahadah. Sebelumnya pereka fesyen Michael Ong memeluk agama Islam dengan nama Othman Abdullah Seng Yip. Foto-foto koleksi rekaan Calvin Thoo di Islamic Fashion Festival 2011 . Semoga industri fesyen negara juga akan terus berkembang dengan lebih baik lagi. Teringat akan novel 'Hujan Sudah Teduh' karya Zaharah Nawawi . Juga basah dalam ingatan cerita Mohd Zul Lee Abdullah . Cabaran untuk kita yang memang beragama Islam ini untuk memberi sokongan dan menunjukkan contoh yang baik sebagai umat Islam. Bagi diri saya yang lemah, menunjukkan contoh yang baik itu satu cabaran. Terasa diri sangat-sangat kecil tatkala mengulit buku-buku 'Liku-liku Pencarian Nur Islam' dan ' Allah Is Callin...

Terima Kasih Cikgu

Hari ini 16 Mei 2013 adalah hari guru. Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik. Terima kasih. Jasa kalian yang sangat besar hingga tiada tara nilainya. Buat bakal pendidik termasuk adinda tersayang, Nazariah: selamat berusaha. Berazamlah menunaikan tanggung jawab dengan ikhlas dan besar hati. Insya Allah anda pasti bukan sahaja diraikan anak-anak didik tetapi dikenang hingga akhir hayat. Pagi ini ketika kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur, saya mencuba resipi coklat yang baru. Bukan tunjuk rajin tetapi itu sahaja masa yang sesuai. Si kecil permata hati, tidur. Sejak kehadirannya sukar sekali untuk menjalankan eksperimen coklat. Entah mamai, entah tergesa, percubaan saya gagal. Bukan salah resepi. Salah saya sepenuhnya. Cekatan mencari alternatif sebagai hadiah hari guru. Dua beradik ke sekolah hari ini tetap bawa sesuatu untuk cikgu. Harap sudi cikgu semua menerima hadiah yang tidak seberapa. Terima kasih kerana mendidik anak-anak saya.  

Al-fatihah : TKP Kastam Maut Ditembak

Oh tanah airku! Berita muktahir ini sangat mendukacitakan. Seorang pegawai tinggi kerajaan telah maut terkena 3 das tembakan kira-kira pukul 8:40 pagi tadi. Arwah adalah Datuk Shaharuddin Ibrahim iaitu  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) . Ketika itu, arwah dalam perjalanan ke tempat kerja. Menurut laporan akhbar tempatan, arwah duduk di bahagian penumpang sebelah hadapan. Ketika kereta yang dinaiki arwah berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya, seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal telah melepaskan tembakan. Walaupun pemandu arwah berjaya membawa arwah untuk mendapat rawatan di Hospital Putrajaya namun tembakan yang mengenai di leher dan kepala telah membawa maut. Arwah disahkan meninggal dunia jam 9:20 pagi. Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Buat semua waris arwah, salam takziah. Ini ad...

Penjaja Bergerak Di luar Kawasan Sekolah

Apa pandangan anda sebagai ibubapa dalam hal ini? Sila klik pada imej. Sumber: sinar harian.com.my Sebagai ibu, saya mengaku tidak suka dengan hal ini. Saya pernah menerima aduan daripada Puan Ros, tuan punya taska, anak saya tidak mahu makan nasi. Puncanya kerana anak saya telah membeli mee segera daripada penjaja bergerak di hadapan pintu keluar sekolah. Kesempatan emas untuknya menikmati mee segera. Geram betul! Mee segera memang tidak pernah jadi sajian di rumah kami.   Memang benar penjaja bergerak ini mencari rezeki yang halal. Namun kewajaran menjual aneka makanan dan minuman yang tidak berkhasiat untuk pelajar sekolah sangat dikesali. Pihak berwajib, tolonglah buat sesuatu kerana saya difahamkan pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan. Walaupun hal ini terjadi betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Isu ini bukan hanya di Kuala Krai sahaja. Kalau tak percaya, tunggulah di hadapan pagar sekolah ketika waktu anak-anak kita dilepaskan pulang. Berkeru...