Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

J A U H

 

OKU - Pendidikan Percuma

Sekalung penghargaan.  Pengumuman Perdana Menteri dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026 - 2035, antara lain menyebutkan semua pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati pendidikan percuma bermula sekarang.  Tahniah anak-anak OKU. Tingkatkan usaha. Teruskan menuntut ilmu. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) memang tabungan khusus untuk anak yang seorang ini. Memikirkan suatu waktu nanti bagi memastikan kelangsunganya terus mendapatkan pendidikan selepas tamat persekolahan. Pilihan belajar di institut pengajian swasta sudah tentu akan melibatkan sejumlah angka yang besar.  Apatah lagi mata pelajaran bahasa bukan kekuatannya. Bahasa Melayu, khususnya. Pernah jadi pelik apabila mendapati anak-anak Melayu sendiri tidak dapat menguasai pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Disleksia. Ini antara jawabannya. Jadi perlu ada jalan lain yang dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.   Keratan Berita Harian, 20 Janua...

Papa Zola The Movie - Penghargaan Buat Bapa, Pejuang Nafkah Keluarga

Siapa kata filem animasi Papa Zola The Movie untuk kanak-kanak? Bagi yang belum menonton, pergilah. Tak kira berapa pun usia anda kerana inilah cerita untuk anda menyelami jiwa seorang bapa.  Filem ini mewakli suara lelaki budiman yang kehilangan suara untuk bercerita. Tenggelam suara di dalam sebak. Tak upaya bercakap kerana kepenatan. Ini cerita lelaki yang mempunyai impian menggunung untuk membawa bahagia buat keluarga. Tanpa memikir lelahnya bekerja. Impian untuk mencuba hadirkan setiap yang dipunyai oleh anak orang lain, mampu dirasai oleh anaknya sendiri.    Ini cerita seorang isteri yang setia. Seorang isteri yang berkorban tanpa syarat. Ini cerita seorang anak yang bawa bahagia. Seorang anak yang menerima bahagia itu mengikut cara kita.  Ini cerita keluarga. Tunjangnya seorang bapa. Berdedikasi. Cerita yang datang tepat pada masanya. Pada masa begitu ramai pejuang nafkah melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Pada waktu selepas diserang wabak sehingga menga...

Selamat Tahun Baru 2026

Saya.  XiÇŽo hóng . K enangan indah kelas Mandarin LS 20 UiTM bersama dengan Wan Iskandar Laoshi.  Menang tempat pertama Sketsa Mandarin. Memegang watak utama sebagai  XiÇŽo hóng.  Pementasan yang di buat di foyer Menara. Tak memperdulikan sosok pelajar yang lalu lalang atau berapa banyak mata-mata asing yang memandang. Ingatan itu melekat kuat dalam kotak memori meski tanpa rakaman walau sekeping pun, gambar kenangan. Nama itu diabadikan sebagai pengenalan diri di kebanyakan media sosial. CÇŽi hóng. Nama yang dipilih ketika Laoshi meminta kami memilih nama sendiri dalam bahasa Mandarin. Dalam penguasaan kosa kata yang sangat terhad. Jauh di sudut hati yang paling dalam, nama itu lebih mewakili diri. Lebih berwarna. Seumpama jalur dalam hidup.  Warna pelangi dalam tafsiran sendiri yang ada lebih daripada sekadar tujuh. Pelbagai warna.   Selamat Tahun Baru 2026 pembaca Sejuta Warna Pelangi.