Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung - Cinta Terzahir (Bahagian III)

Park Jung Hwan tidak mengungkapkan kata-kata cinta. Perlakuan. Tindakan. Renungan mata dan lirik senyum. Semakin bergula senyumannya pada Ha Gyung. Seolah-olah menyatakan secara tidak langsung kepada bekas isteri, cinta yang tersembunyi. Ada ketika di mana begitu sukar untuk beliau mendapatkan kerjasama Ha Gyung ketika bekerja, helah digunakan. Ha Gyung sebagaimana biasa, tewas dengan helah Jung Hwan. Ketika berhelah untuk mendapatkan maklumat, Jung Hwan bahkan menemukan sesuatu yang lebih berharga. Gambar mereka sekeluarga ketika meraikan ulang tahun Ye Rin. Diambil dari pejabat Ha Gyung dan disimpan di dalam dompet. Hanya satu nota pemberitahuan bukan meminta kebenaran. Adik Jung Hwan, Dr Hyun Seon memujuknya menerima rawatan dan dimasukkan ke wad tetapi Jung Hwan menolak. Sejak mengetahui pembedahan Jung Hwan gagal, Ha Gyung juga tidak putus-putus memujuknya mendapatkan rawatan. Ha Gyung tahu rancangan percutian yang diidamkan mertuanya. Ha Gyung minta Jung Hwan untuk be