Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Semangat Untuk Pelawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Singapura vs Malaysia. Perlawanan ini memang menarik. Imbas kembali jaringan Indra Putra yang memastikan kemenangan mutlak milik negara sebagai semangat untuk pemain Harimau Malaya menghadapi separuh akhir pertama ini. Bermula daripada kesilapan penjaga gol Singapura.  "Bro, memang iltizam awal awak hendak menjadikan perlawanan seri itu, baik tapi perlawanan belum tamat". "Tengok Indra berjaya rembat masuk. Bro, gawang awak kosong.Kosong." Tahniah, Indra Putra kerana bijak memanafaatkan peluang. Inilah bola sepak. Apa peluang kita selepas ini? Saya menunggu kemunculan Badri Radzi. Hendak tengok kehebatan beliau di pentas antarabangsa. Adakah boleh beliau menyumbat gol dari tendangan sudut? Jika itu terjadi, alangkah istimewanya. Apabila baca cerita-cerita tentang kesukaran dan kesungguhan peminat, memberikan sokongan, rasa sangat terharu. Tak banyak yang boleh dikatakan. Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia, saya tetap akan memberi sokongan.